suria

Sebekas ikan bilis tiarap ke lantai, peniaga rugi hampir RM400... Pelaku bergegas keluar kedai selepas bergaduh dengan isteri

Tangkap layar CCTV yang tular di aplikasi TikTok.

SEBUT tentang kes langgar lari, kita pastinya terbayang akan kemalangan yang berlaku di jalan raya.

Namun lain pula ceritanya apabila tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kes 'langgar lari' yang berlaku dalam sebuah kedai menjual hasil laut di Lumut, Perak

Menerusi rakaman berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang mendukung kanak-kanak sedang berjalan sebelum dia terlanggar bekas plastik yang mengandungi ikan bilis.

bilis2

Antara komen netizen berhubung kejadian itu.

Tidak dapat dipastikan sekiranya dia tidak perasan atau enggan bertangggugjawab, lelaki itu kelihatan terus berlalu pergi dari lokasi kejadian.

Menurut pemilik kedai, tiga kilogram bilis terjatuh ke atas lantai dalam kejadian itu, menyebabkan pihaknya mengalami kerugian hampir RM400.

"Time ni ada pergaduhan kecil laki bini kat kaunter. Tiba-tiba lakinya lari dan blah macam tu je. Langsung tak toleh belakang.

Tak nampak sangat pun mukanya kan? Ada je CCTV lain yang memang jelas terang muka tu... tapi jaga aibnya.

PEMILIK KEDAI

"Bilis yang dijatuhkan berharga RM12.90 untuk 100 gram. Anggaran ada dalam tiga kilogram (kg). Kira la sendiri berapa kerugian kami," ujarnya.

Menurut pemilik kedai, dia sudah terbiasa berdepan pelanggan yang ramai, namun ini merupakan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku.

"Walaupun pelanggan selalu penuh dalam kedai macam ni, budak-budak pun berlari sana-sini tapi tak pernah terjadi kes bekas terjatuh," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bongkok badan, kaki terkepit-kepit tahu-tahu bau hancing! Gadis kencing dalam kedai, dah keluar sanggup masuk balik

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

Video kejadian itu meraih lebih 100,000 tontonan selepas ia dikongsi ke aplikasi TikTok pada Jumaat.

Pemilik kedai turut memberi respons kepada komen netizen yang meminta agar dia memaafkan kesilapan pemuda berkenaan.

"InsyaAllah mudah-mudahan macam tu la. Kami pun berlapang dada je sebab dah terbiasa dengan macam-macam jenis pelanggan.

file7hnvcvc24ndbp484cto

Ikan bilis enak digoreng rangup atau dimasak sebagai sambal. -Gambar hiasan

"Tak nampak sangat pun mukanya kan? Ada je CCTV lain yang memang jelas terang muka tu. Tapi jaga aibnya. Kot-kot la dia tengok ni baru perasan, kot datang nak minta maaf," tulis peniaga itu lagi.

Dalam pada itu, segelintir nerizen turut mempertahankan pelanggan berkenaan dan meminta agar peniaga memperbaiki susunan barang di dalam kedai.

"Nampak sangat dia tak perasan sebab kena kaki anak dia (yang didukung). Jatuh tak berapa dengar sebab ikan bilis penuh. Kalau kaca mungkin dia dengar.

"Bilis masih boleh dijual lagi kan? Lantai pun kering. Tak terlampau kotor. Bilis memang kita akan basuh dulu.

"Nanti cuba adjust cara letak. Mungkin mudah jatuh letak macam tu," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain