suria

Tak boleh pakai jeans, pelajar pakai kain pelikat ambil keputusan SPM! Sederhana akademik tapi disenangi ramai di sekolah

Ada pelajar dilihat memakai kain pelikat ketika mengambil keputusan SPM di sekolah.

“YANG nakal-nakal macam ni kena ada untuk meriahkan suasana. Jenis ni kalau cikgu minta tolong memang laju,”

Itu antara komentar yang ditinggalkan warga maya selepas menonton video sekumpulan remaja yang hadir memakai kain pelikat untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Kata-katanya itu turut diakui seorang lagi warga maya yang tampil berkongsikan pengalaman ibunya sendiri.

Murid yang memakai kain pelikat semasa hadir mengambil keputusan SPM.

Murid yang memakai kain pelikat semasa hadir mengambil keputusan SPM.

“Betul tu, masa akan datang kebanyakan murid yang nakal selalu tegur cikgu dia apabila jumpa di mana-mana berbanding murid-murid yang kelas depan, pengalaman mak saya.

“Teringat masa bawa anak ambil keputusan SPM 2021, ada cikgu tegur... puan lepas 'Ifwat and the gang' habis SPM, sunyi sepi sekolah.

“Semoga berjaya semuanya. Geng terjal ni bakal jutawan semua,” ujar beberapa lagi warga maya.

Mendedahkan kisah di sebalik video ini, pemilik akaun TikTok Difilzah berkata, ia dirakam di sebuah sekolah di Puchong, Selangor.

“Pihak sekolah mengeluarkan arahan yang pelajar tidak dibenarkan hadir memakai jeans untuk mengambil keputusan SPM.

“Jadi murid-murid ni tampil dengan pelikat masing-masing,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka ponteng sekolah, keputusan SPM pun hancur... Jejaka Kelantan ini kongsi rahsia dapat sambung belajar sampai Australia, London

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta ‘kejar A’, anak pergi kubur arwah sebut setiap keputusan SPM sambil nangis - “Kak Chik tahu 9A pun mesti ayah bangga”

Bercerita tentang perwatakan murid terlibat kepada mStar, dia yang juga guru di sekolah berkenaan berkata, kesemua pelajar tersebut merupakan remaja yang baik budi pekerti.

Meskipun tidak tergolong dalam kategori pelajar cemerlang akademik, namun kesemua mereka tidak lokek untuk membantu atau bertegur sapa dengan para guru.

Malah apabila bertemu di luar sekolah pun, kumpulan inilah yang paling awal datang menegur dan menjerit memanggil ‘cikgu’.

Mereka aktif dalam penglibatan kokurikulum, terutama ragbi selain baik budi pekerti.

DIFILZAH

“Murid-murid yang ada dalam video tersebut merupakan murid yang sederhana dari segi pencapaian akademik.

“Pun begitu mereka aktif dalam penglibatan kokurikulum, terutama ragbi selain baik budi pekerti,” kongsinya lagi.

Merupakan golongan minoriti di sekolah berkenaan, mereka cuba mencipta memori dengan memakai kain pelikat.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Malah atas semangat setia kawan, mereka sekumpulan berjaya merealisasikan matlamat pada hari terakhir di sekolah.

Tidak dinafikan ada warga maya yang beranggapan kumpulan remaja terbabit diberikan kain pelikat kerana melanggar peraturan yang ditetapkan sekolah.

Meskipun tiada penetapan kod pakaian namun mengenakan kain pelikat pada majlis seperti itu membuatkan si pemakai kelihatan pelik.

Susulan itu, salah seorang remaja terlibat tampil di ruangan komen dan menyatakan kain pelikat dibawa dari rumah.

"Baju gold kain pelikat hadir... kain bawa dari rumah," tulisnya di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain