RAMAI pelajar dan ibu bapa yang berkongsi momen menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di media sosial. Kegembiraan berganda pastinya dapat dirasakan apabila calon-calon SPM meraih keputusan cemerlang. Namun di sebalik keterujaan itu, tiada siapa menyangka ada insan bersedih melihat suasana di sebuah sekolah yang mana calon-calon SPM datang mengambil keputusan.. Begitulah perasaan yang dipendam seorang gadis ketika keputusan SPM 2022 diumumkan di seluruh negara, pada Khamis. Suasana di kantin di sebuah sekolah. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, dia memaklumkan usianya sebaya dengan calon-calon SPM yang lain, tetapi tidak bernasib baik untuk menduduki peperiksaan itu Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan rakaman dari jauh suasana para pelajar dan kakitangan sekolah di kantin di sebuah sekolah. Menurut anak yatim piatu ini, dia tetap hadir ke sekolah tetapi bukan sebagai calon SPM yang menerima keputusan, sebaliknya merupakan pekerja pembersihan. "Di saat orang lain mengambil keputusan SPM, aku di sini bekerja sebagai cleaner sekolah. Padahal sama umur," luah gadis berusia 18 tahun itu menerusi satu perkongsian video di TikTok. Dalam video berasingan, kelihatan gadis itu sedang menolak troli yang membawa dua tong sampah berserta peralatan pembersihan seperti penyapu dan penyodok, di kawasan sekolah. Gadis ini menolak troli yang membawa tong sampah dan peralatan pembersihan. Memindahkan kelengkapan tersebut, dia kemudian mengangkut lapan plastik sampah yang diletakkan di troli tersebut, dipercayai hendak dibawa ke tempat pembuangan. ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi lemak ibu 'bergegar', gadis penggulung popia terlompat-lompat gembira dapat 8A! Rupanya tak tinggal solat tahajud setiap malam ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta 'kejar A', anak pergi kubur arwah sebut setiap keputusan SPM sambil nangis - "Kak Chik tahu 9A pun mesti ayah bangga" "Dengan penat lelahku yang sekarang, moga ada sinar di masa hadapan," ujarnya lagi. Perkongsian video yang meraih sejuta tontonan itu ternyata mengundang sebak netizen dengan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat. Perlahan-lahan belajar. Ada rezeki ambil SPM luar sis. Semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki. NETIZEN "Mesti awak seorang yang kuat kan? Sebab itu Allah beri ujian ini untuk awak... awak mampu untuk hadap. "Sabar, kuatkan semangat dan tabahkan hati. Allah ada, kita tak keseorangan di bumi Allah. Betul, cakap memang senang, tapi kuatlah untuk sebuah kehidupan. "Usah mengeluh, mungkin Allah dah aturkan cantik. Banyakkan bersabar, mungkin ada hikmah di atas apa yang Allah tentukan. InsyaAllah pasti ada kejayaan nanti," demikian antara komen netizen. Antara komen netizen. Selain itu, segelintir netizen turut berkongsi nasihat bahawa tidak terlambat untuk menduduki peperiksaan SPM asalkan berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapinya. "Perlahan-lahan belajar. Ada rezeki ambil SPM luar sis. Semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki, amin. "Jangan risau dik. Akak umur 25 tahun baru ambil SPM. Akak paling tua masa pergi sekolah tu ambil paper (kertas peperiksaan). Tak ada kata terlambat, masih sempat lagi. Semangat," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube