suria

Suka hati buang sperma merata-rata! Wanita murung nak pergi kerja, kondom ‘ada isi’ atas bumbung kereta

Mangsa berharap pelaku yang membuang kondom itu akan berubah.

KOTOR dan menjijikkan!

Begitulah gambarannya mengenai foto tular di laman Twitter pada Khamis, memaparkan kondom yang dibuang di atas bumbung sebuah kereta.

"Selamat pagi semua, kecuali yang suka buang kondom sepah-sepah tidak ada 'selamat'.

"Entahlah. Saya tak tahu nak marah ke sedih ke kecewa. Marah untuk apa? Bukan tahu pun siapa.

kondom2

Komen netizen berhubung foto tular itu.

"Sedih? Who cares dude? Kecewa? For what? Teruskan sajalah hidup macam biasa," ciap pemilik kereta yang dikenali sebagai @abcdefghermione di laman Twitter.

Ketika dihubungi mStar, wanita itu berkata dia menyedari kejadian itu ketika mahu berangkat ke tempat kerjanya.

"Ia berlaku di salah sebuah apartment bersekuriti di Petaling Jaya. Dalam kawasan apartment.

Cuba sedaya upaya untuk ada common sense dan jaga kebersihan. Sebelum buat sesuatu benda, fikir kesannya untuk orang lain.

PEMILIK KERETA

"Murung kita tau, pagi-pagi nak pergi kerja, tengok atas kereta ada benda macam tu. Dah la masih fresh.

"Satu kerja pula nak cuci kereta," ujarnya yang turut berkongsi sekeping foto ketika berada di pusat cucian kereta.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut memberi pesanan kepada pelaku agar berubah dan tidak mengulangi perbuatan seperti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai berjimak, lempar kondom luar tingkap! Penghuni rumah bawah geram kena kutip, jijik nampak kesan warna coklat siap berbau

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari outstation, suami bawa balik kondom terpakai... isteri jumpa dalam poket seluar! Cuma beri nafkah RM60 sebulan

"Kepada pelaku, saya doakan semoga awak berubah menjadi lebih baik. Jangan buang merata-rata. Walaupun perbuatan tu nampak simple dan kecil pada awak, tapi awak tak tahu yang perbuatan 'kecil' awak memberi kesan kepada orang lain.

"Tak baik tau buat macam tu. Dan pesanan untuk kita semua, cuba sedaya upaya untuk ada common sense dan jaga kebersihan. Sebelum buat sesuatu benda, fikir kesannya untuk orang lain," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ciapan berkenaan turut meraih pelbagai komen netizen termasuklah yang menyelar perbuatan individu berkenaan.

kondom3

Kejadian lebih kurang sama yang berlaku pada Mei.

"Lagi rela kena berak dengan burung dari kondom jatuh atas atap.

"Bagus juga guna kondom. Sekurang-kurangnya tak beranak generasi pengotor.

"Wow ada coconut shake dengan isi sekali," tulis seorang lagi individu secara berseloroh.

Untuk rekod, mStar pada 11 Mei lalu turut melaporkan kisah kondom yang dibuang merata-rata sehingga ia terselit di celah daun pokok milik seorang individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain