suria

Jijik, macam syaitan duduk! Ejen dedah tahap pengotor penyewa sukar diterima akal, laki perempuan sama saja

Tica memuat naik video memaparkan rumah sewanya yang ditinggalkan dalam keadaan menjijikkan.

MACAM syaitan yang duduk.

Demikian ayat yang dituturkan seorang ejen hartanah tatkala melangkah masuk ke salah sebuah rumah sewa miliknya.

Menerusi satu video tular, Tica, 30, mengucap panjang tatkala dia 'dijamu' pemandangan jijik sebuah bilik yang dipenuhi timbunan sampah di atas lantai, meja dan katil.

Antara rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan jijik.

Ketika dihubungi mStar, dia yang berpengalaman lapan tahun dalam bidang hartanah mendedahkan kejadian terbaharu itu berlaku di salah sebuah unit miliknya di Johor Bahru, Johor.

"Kes kali ini penyewa tiada apa-apa hutang. Cuma dia tinggalkan rumah dalam keadaan macam tu. Dia sepahkan dengan barang kering. Walaupun kotor, pada saya ia masih tahap biasa.

"Sebabnya saya pernah berdepan kes lebih teruk. Sebelum ini, ada penyewa tinggalkan lampin pakai buang budak yang penuh najis selama seminggu. Ada yang lari tak bayar sewa," ujarnya.

Lagi teruk, ada yang tinggalkan barang basah. Benda tu dah jadi busuk.

TICA

Sepanjang berkecimpung dalam bidang itu, Tica berkata dia juga terbiasa menahan rasa mual setiap kali melangkah masuk ke unit-unit yang bermasalah.

Tambah Tica, dia tidak kisah sekiranya penyewa enggan membersihkan rumah, namun berharap mereka tidak meninggalkannya dalam keadaan yang menjijikkan.

"Kalau masuk rumah, rasa nak muntah, itu perkara biasa. Tapi tak adalah sampai tak selera nak makan. Yang tinggalkan rumah bersepah, barang banyak tu satu hal.

ARTIKEL BERKAITAN: Serik dapat housemate pengotor, rela bayar sewa mahal duduk seorang! Paling pelik suka ulang pakai baju tak basuh

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT buruk perangai, rumah sewa jadi pusat sampah... Penyewa nak pitam jumpa ‘bong’ syabu, seluar dalam reput atas lantai!

"Lagi teruk, ada yang tinggalkan barang basah. Benda tu dah jadi busuk, tak tahu berapa lama. Ia terperap dalam rumah yang tak dibuka tingkap, memang pening.

"Pesanan saya, kalau penyewa rasa tak boleh bayar atau tak suka rumah tu, tak payah kemas. Cukuplah jangan 'hauk' macam tu sekali sampai menyusahkan kita.

"Awak tinggalkan baju, sampah kering sikit-sikit saya masih boleh terima. Yang jijik tu menyusahkan kita. Nanti nak kena bersihkan lagi," ujarnya.

tica

Tica berkata dia kerap berdepan dengan penyewa yang pengotor.

Mengulas persepsi masyarakat yang menganggap kaum lelaki lebih pengotor, Tica bagaimanapun mempunyai pandangan yang berbeza.

"Tiga bulan lepas, saya dapat penyewa perempuan yang teruk. Dia tinggalkan roti canai dan makanan basah atas tilam. Sisa makanan, tulang ikan pun boleh nampak.

"Dulu, pernah juga jumpa penyewa lelaki bujang yang pengotor. Kemudian, ada sekeluarga, suami, isteri dan anak-anak pengotor," ujar Tica lagi.

penyewa3

Timbunan sampah yang ditinggalkan bekas penyewa Tica.

Setakat Jumaat, perkongsian video Tica tentang rumah sewa miliknya yang ditinggalkan dalam keadaan kotor meraih lebih 50,000 tontonan.

Ia turut dihujani komen netizen, termasuklah yang menyelar sikap tidak bertanggungjawab penyewa rumah berkenaan.

"Terfikir macam mana penyewa boleh duduk macam tu. Aku tengok dah rimas.

"Ya Allah teruknya. Mesti lipas banyak. Geli weh," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain