suria

Lelaki gaji RM5,000 dedah belanja bulanan... Terpaksa berhutang asalkan nafkah isteri RM800 tak pernah kurang

Seorang lelaki berkongsi tentang pendapatan dan perbelanjaan bulanannya. -Gambar hiasan

BERSANDARKAN gaji bulanan sebanyak RM5,000, adakah jumlah itu dianggap banyak atau sekadar cukup makan?

Menerusi satu perkongsian seorang lelaki di media sosial, dia menyenaraikan perbelanjaan dan komitmennya menggunakan jumlah pendapatan tersebut setiap bulan.

Lelaki yang dikenali sebagai Amirulz itu berkata, dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM550 untuk kereta dan sewa rumah flat berjumlah RM700.

Pengiraan bajet berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan. -Gambar hiasan Freepik

"Gaji RM5,000 tiap bulan. Bayar kereta Saga (RM550), rumah flat (RM700), nafkah isteri (RM800), bagi mak (RM800) Netflix (RM33), bil elektrik (RM80) dan barang dapur RM900 (barang kering dan basah empat kali beli).

"Belanja sekolah anak lima termasuk bayaran bas sekolah RM400. Tinggal antara RM500 hingga RM600 untuk saya tambah nilai kredit telefon dan isi minyak motor pergi kerja setiap hari," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda mulakan hidup dengan RM200, tidur beratap bocor! Tak apa tak cukup makan, jangan anak sakit

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bapa B40' buka cerita tak habis sekolah... akui kerap termenung menangis di tempat kerja kenangkan nasib anak-anak - "Tak mahu mereka jadi seperti saya"

Menurut lelaki berusia 39 tahun itu, dia tidak menghisap rokok mahupun rokok elektronik seperti vape, malah tidak melanggan khidmat penapis air, mengambil hibah atau insurans.

Perkongsian Amirulz menjadi tular di media sosial.

Dia bagaimanapun menjelaskan tidak dapat mengurangkan perbelanjaan buat ibunya di kampung yang menyara dua lagi beradiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Bawa bekal hari-hari. Itu pun tak cukup, asyik meminjam je. Ingat gaji RM5,000 dah cukup ke? Nak keluar berjalan pun tak lepas ni.

Bawa bekal hari-hari. Itu pun tak cukup.

AMIRULZ

"Kadang-kadang kasihan juga tengok anak asyik ke taman permainan je. Nak juga bawa anak-anak tengok wayang atau makan best ke," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, dia yang bekerja dalam bidang pembinaan turut memberitahu bahawa polisi syarikat tidak membenarkannya untuk melakukan kerja-kerja sambilan atau mempunyai pekerjaan lain.

suami b40 7

Antara komen-komen netizen.

Menerusi hantaran berasingan, Amirulz menjelaskan bahawa dia sekadar berkongsi dan bukan tujuannya untuk mengeluh berhubung gajinya sebanyak RM5,000.

Dia turut mengulas komen-komen yang menyifatkan nafkah isterinya sebanyak RM800 sebulan dianggap tinggi.

Sebaliknya, jumlah tersebut dianggap rendah jika dibandingkan dengan komitmen dan tanggungjawab isteri.

"Saya pernah tinggal di rumah waktu cuti, seminggu saya cuba buat kerja isteri. Dua kali ganda penat dan 24 jam kena hadap kerenah anak-anak serta basuh baju dan memasak.

"Memang letih. Bagi saya RM800 untuk diberi kepada isteri tu dah sikit sangat. Sebab saya kasihan dia penat tu. Saya lebih rela bekerja, respek pada ibu-ibu semua" katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain