suria

Bapa minta ‘kejar A’, anak pergi kubur arwah sebut setiap keputusan SPM sambil nangis - “Kak Chik tahu 9A pun mesti ayah bangga”

Yusra membaca keputusan peperiksaan SPM di kubur ayahnya.

MERAIH keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya menggembirakan.

Mana tidaknya, sepanjang lima tahun bergelut belajar dan mengulangkaji, usaha itu akhirnya membuahkan hasil.

Bagaimanapun seorang remaja perempuan yang baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan mempunyai perasaan gembira bercampur sedih.

Yusra Humaira turut membacakan Yasin.

Yusra Humaira turut membacakan Yasin.

Bapanya meninggal dunia kira-kira sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan.

Menerusi video tular, dia dilihat menyebut satu persatu keputusan yang diperoleh sambil menitiskan air mata di hadapan pusara arwah bapanya.

Menulis kapsyen 'hadiah untuk ayah hari ini (8 Jun)', tindakan remaja perempuan ini ternyata meruntun hati warga maya.

Bukan itu sahaja, dia yang menggelarkan diri sebagai 'Kak Chik' turut meluahkan keinginan memberikan slip SPM kepada ayahnya.

"Kak Chik terbayang nak bagi ayah slip SPM sebab Kak Chik tahu, Kak Chik usaha betul-betul sejak mula masuk Kisas (Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor).

"Walaupun tak mampu dapat straight A, tapi Kak Chik tahu dapat 9A pun mesti ayah bangga... tak pernah dalam sejarah hidup Kak Chik dapat 5A+, 3A, 1A-.

"Alhamdulillah berkat doa arwah ayah dan umi. Kak Chik rindu ayah, semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Ayah sentiasa ada dalam doa Kak Chik," coretnya pada video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi lemak ibu ‘bergegar’, gadis penggulung popia terlompat-lompat gembira dapat 8A! Rupanya tak tinggal solat tahajud setiap malam

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun lalu acah dapat 11A, kini betul-betul jadi pelajar terbaik SPM 2021! Tapi netizen tertarik perubahan pokok di belakang

Paling menghibakan apabila dia turut memuat naik mesej pesanan suara daripada arwah bapanya yang meminta supaya dia mendapatkan keputusan cemerlang.

"A tu ada yang menanti, kejar A," kata bapanya dalam mesej suara WhatsApp.

Video berdurasi 55 saat yang dimuat naik Yusra Humaira membuatkan warga maya turut sebak.

Tambahan pula dia menyatakan tidak dapat naik ke pentas kerana bilangan pelajar yang mendapat keputusan semua A di sekolahnya adalah ramai.

Mesti arwah ayah bangga ada anak macam awak.

WARGA MAYA

"For those who asked, saya tak dapat naik pentas sebab sekolah ramai straight A. Hanya yang 11A dapat naik pentas dan arwah ayah 'pergi' 14 Mei 2023," luahnya di ruangan komen.

Menyusuri komentar warga maya, guru yang mengajarnya mata pelajaran Sejarah turut tampil meninggalkan kata-kata nasihat.

"Cikgu Sejarah hadir. Tahniah Sejarah A+... semoga terus berjaya di masa hadapan, anda hebat," katanya ringkas.

Selain itu, ruangan tersebut turut dipenuhi kata-kata semangat dan ucapan tahniah daripada warga maya.

Antara reaksi warga maya pada videonya.

Antara reaksi warga maya pada videonya.

"Your dad would be proud, I am proud and everyone here is proud. You have a lot of people rooting for you, the road ahead will be a hard one for you but you are strong and your spirit will be unbreakable.

"Jangan sedih ya dik... akak tahu ayah awak mesti bangga dengan keputusan awak. Tahniah sayang.

"Siapa potong bawang ni... tahniah kak.

"Semoga sentiasa dipermudahkan urusan belajar yang seterusnya... mesti arwah ayah bangga ada anak macam awak," ujar beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain