MASA itu emas! Setiap saat yang berlalu tidak akan dapat dikembalikan dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Begitulah kisahnya untuk seorang pemuda ini yang kecewa kerana dia seolah-olah dipermainkan oleh mereka yang culas dalam mengotakan janji. Tiket wayang percuma yang ditawarkan pada mulanya. Melalui satu perkongsian di Twitter, lelaki itu yang juga merupakan seorang pempengaruh menawarkan tiket percuma tayangan filem di panggung wayang kepada pengikut di akaun media sosialnya. "Siapa ada berdekatan pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya, ni ada tiket wayang Transformers: Rise of The Beasts percuma aku nak bagi. "Yang penting kalau nak tiket ni kena tunjuk bukti betul nak pergi tengok. Kalau tiba-tiba tak jadi memang siap," kata lelaki itu dalam ciapannya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘putus nyawa’ dalam tidur, derita tunggu anak mungkir janji buka puasa bersama - “Makcik tu masuk bilik dia tanpa makan” ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hiba kawan baru kenal tak sampai setahun hadiahkan helmet terpakai, rupa-rupanya ada kisah ‘mungkir janji’ Menurut lelaki itu, tiket tersebut diberikan salah seorang pengikutnya kepadanya dan akan dilelong secara percuma dengan menggunakan konsep 'siapa cepat dia dapat'. Namun begitu, lelaki tersebut akhirnya kecewa apabila seorang individu dikatakan tidak mengambil serius tawaran tersebut dan menyebabkan tiket itu akhirnya 'hangus' begitu sahaja. "Wayang mula 2.15 petang. Pukul 2.22 petang cakap baru on the way. Masuk jam 2.30 petang cakap tak sempat dan suruh bagi dekat orang lain," katanya bengang dengan tindakan sambil lewa individu itu. Kalau cancel awal mungkin boleh selamatkan lagi tapi ini terbazir macam tu je. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyelar perangai tamak individu berkenaan sehingga merugikan orang lain yang mungkin bersungguh ingin menonton filem tersebut. "Suruh dia bayar ganti rugi. Orang macam ni tak bertanggungjawab ni. Senang-senang je lepas tangan dan merugikan orang lain. Kalau dah awal-awal rasa tak sempat, jangan jadi tamak. "Kenapa macam kurang bijak ya, agak-agak sebelum nak terima tiket tu tak tengok jarak dekat Waze (aplikasi navigasi) ke? "Tak semua orang boleh hargai benda percuma, mungkin bagi dia benda tu tak ada apa tapi untuk kami semua ni ternanti-nanti sangat peluang macam ni. Perbualan antara pemilik tiket dan individu berkenaan. "Kalau cancel awal mungkin boleh selamatkan lagi tapi ini terbazir macam tu je. Ramai lagi yang duduk tunggu nak rebut peluang tiket tu," kata sebahagian warga maya. Warga maya juga mengatakan mereka sudah kerap ditipu dalam situasi yang serupa dan ia sangat menyakitkan hati. "Ini adalah petanda utama dia tak cekap menguruskan masa. Satu perbuatan yang mementingkan diri sendiri. "Dah tahu tak ada duit, boleh terima lagi, tapi sekurang-kurangnya mampu tepati masa," kata pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube