BAGAI dakwat dengan kertas, begitulah keakraban hubungan seorang cucu dengan datuknya. Walaupun usianya masih muda namun gadis itu tidak jemu mengikut si datuk untuk bekerja di lapangan. Melalui satu video tular di TikTok, telatah dua beranak itu menarik perhatian ramai kerana mereka mempunyai cara bersalaman unik yang tidak pernah diamalkan sesiapa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, ibu kepada gadis itu, Syahira Kamaruzaman, 32, berkata anak sulungnya iaitu Aneesa Irdina, 12, sering menjadi 'orang kuat' bapanya ketika tiba musim cuti persekolahan. "Ayah saya ni dia sediakan perkhidmatan sewa khemah kanopi untuk majlis-majlis. Dah lama dah dia buat perniagaan ni. Dulu dia sebahagian dari Tentera Darat Malaysia (TDM). 10 tahun di sana dan kemudian pencen awal. "Selepas tu dia buka perniagaan, diusahakan oleh kami sekeluarga. Saya dulu sejak sekolah menengah memang selalu terlibat dalam operasi lasak-lasak untuk bantu apa yang boleh. Untuk pengetahuan, adik-beradik saya semua perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘drama’ depan doktor, siap cakap bahasa Tamil... cucu buka rahsia datuknya suka tengok Gerak Khas, bimbang scam internet ARTIKEL BERKAITAN: Melepas rindu di pusara! Tak puas 2 kali ‘jumpa’ atok abah, cucu tak nak tinggalkan kubur selagi tak dapat ziarah kali ketiga "Ayah pula seorang askar, jadi kami dilatih untuk jadi cekal dan bersemangat kental, tak kisah apa jantina kami," kata Syahira yang menetap berdekatan dengan bapanya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi! Ternyata Aneesa turut mengikut jejak langkah ibunya untuk menceburi perniagaan keluarga. "Bila cuti sekolah je, Aneesa akan ikut atuk dia pergi bekerja. Dari dia zaman kanak-kanak dah mula turut serta. Itu yang walaupun umur baru 12 tahun, tapi dia mampu buat kerja-kerja berat. Kemudian bila dah besar sikit, dia (Aneesa) tolong angkat besi, kerusi dan meja, susun-susun semua dia boleh buat. SYAHIRA KAMARUZAMAN "Dari empat orang anak saya, Aneesa yang paling kerap ikut atuk dia keluar kerja. Mesra dan rapat betul mereka, agak mengejutkan juga untuk saya. Sebab ayah dulu garang, harap maklum la askar kan, tak sempat merasa kemesraan dia. "Bila dah ada cucu ni terus baik jadinya. Sampaikan dia cipta salam khas dengan cucu-cucu dia. Saya pun tak tahu mana ayah dapat inspirasi tapi dia ajar seorang demi seorang anak saya cara salam tu. Bila nak pulang, salam tu wajib dengan atuk. "Kalau jumpa ramai-ramai, semua beratur panjang nak buat salam, akan ambil masa lama juga sebab banyak langkah nak sempurnakan salam tu, sampai nak tarik ke janggut. Kadang dengan makcik lain pun mereka akan buat salam tu," jelasnya. Aneesa membantu datuknya untuk memasang khemah kanopi. Menurut Syahira, anak sulungnya itu sangat berbakti kepada datuknya apabila kudrat si kecil itu dikatakan menyamai seorang lelaki dewasa. "Mula-mula dulu dia ikut sekadar suka-suka je sebab bosan duduk rumah. Lepas tu dia semakin serius dan banyak hulur tangan nak tolong. Dia tolong bahagian kain khemah kanopi. "Kemudian bila dah besar sikit, dia tolong angkat besi, kerusi dan meja, susun-susun semua dia boleh buat. Ayah tak perlukan bantuan pekerja luar, semua dari dalam kalangan keluarga. Aneesa menerima gaji daripada datuknya kerana sudi membantu. "Bila Aneesa dah nak masuk sekolah menengah ni, atuk dia pun mula bagi gaji secara mingguan. Ikut minggu sebab kadang cuti sekolah tak cukup sebulan kan. "Aneesa tak nak pun gaji tu tapi atuk dia bagi juga sebab rajin tolong semua," kata Syahira yang memiliki sebuah kedai percetakan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube