SUAMI merupakan ketua dan memikul tanggungjawab ke atas keseluruhan anggota keluarganya. Arahan yang diberikan seorang suami seharusnya dipatuhi kerana dia pastinya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk semua. Begitulah kisahnya untuk lelaki ini yang kecewa apabila si isteri seakan-akan ingkar untuk mengikut apa yang dimintanya. Ego dalam diri harus dijinakkan untuk mempertahankan rumah tangga. -Gambar hiasan Melalui luahan tanpa nama di Twitter, lelaki berkenaan menghalang isterinya daripada berangkat ke luar negara atas urusan kerja kerana risau akan keselamatannya. "Saya dan isteri dah lima tahun berkahwin. Baru-baru ni isteri saya perlu ke luar negara atas urusan kerja. Saya tak benarkan sebab saya rasa negara yang dia kena pergi tu bahaya. "Kemudiannya, rakan sekerja dia yang ikut sekali tu semua lelaki. Faktor terakhir adalah tentang penjagaan anak sebab saya bekerja syif malam. ARTIKEL BERKAITAN: “Laki dia suka papan, I tak suka!” - Isteri dilema suami nak badan ‘bantal peluk’, BFF pula ajak kurus sama-sama ARTIKEL BERKAITAN: Isteri degil tak jaga makan, setahun suami tak ‘sentuh’ kerana gemuk! Wanita tersentak lepas tahu pasangan layan ‘porn’ "Isteri saya tetap berdegil. Dia bekeras nak pergi juga walaupun saya dah cakap lembut-lembut tak boleh pergi," kata lelaki itu. Perbincangan mereka menemui jalan buntu apabila ia akhirnya bertukar kepada konflik rumah tangga. "Ada sekali saya naikkan suara dan marah isteri saya sebab dia masih tak faham kenapa saya tak bagi dia pergi. Dia menangis dan cakap saya tak bertolak ansur. Tak bertimbang rasa. Aku kesian dekat si suami, dia cuba nak berkomunikasi tapi si isteri terlampau memberontak. WARGA MAYA "Saya terkedu dia cakap macam tu. Saya dah bagi kebenaran untuk dia berkerja walaupun beberapa kali sebelum ni gaduh besar tentang isu tu. Saya pilih untuk mengalah," ujar si suami. Menurutnya lagi, itu bukan kejadian pertama isterinya mengenepikan keluarga demi mengutamakan hal pekerjaan. "Ada sekali tu saya dan anak-anak kurang sihat, isteri pula ada makan-makan di restoran, berbuka puasa dengan rakan sekerja dia. "Daripada pagi saya mesej dia cakap jangan pergi jamuan tu sebab saya dan anak-anak tak sihat. Dia tak pedulikan langsung mesej tu, padahal itu WhatsApp dan panggilan telefon daripada suami dia. Lelaki sering diharapkan untuk menjadi kuat dalam menyatukan rumah tangga. -Gambar hiasan "Lepas isteri pulang daripada jamuan, saya keluar rumah dan bagi anak-anak kepada ayah dan ibu saya untuk jaga. Mereka datang ke rumah untuk tengok cucu-cucu mereka. "Saya pergi tenangkan fikiran sebab isteri tak dengar cakap saya sebagai suami dia. Banyak kali dah terjadi macam ni sebelum ni. Saya rasa nak bercerai tapi fikir anak-anak je, kalau kami berpisah saya harap mereka faham," katanya. Lelaki itu mengatakan dia risau jika persengketaan dengan si isteri berlarutan hingga berlakunya tindak-tanduk luar batasan. "Saya pernah terpukul isteri sekali apabila kami bergaduh, dah geram sangat waktu tu, saya rasa bersalah yang tak terkata sebab saya tahu saya bukan jenis kaki pukul. Saya cuba lebih berhati-hati sejak dari itu. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Alam rumah tangga ni bukannya satu dimensi je, ada banyak benda yang kita kena fikir. Saya akan cuba ajak isteri pergi ke pejabat agama dan dapatkan servis kaunseling percuma," katanya menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berharap agar lelaki itu dapat mencari penyelesaian jalan tengah yang boleh memuaskan hati kedua-dua belah pihak. ' "Aku kesian dekat si suami, dia cuba nak berkomunikasi tapi si isteri terlampau memberontak. Elok pergi kaunseling la. "Kita kena faham situasi isteri juga, mungkin dia jenis yang mengejar kerjaya dan tak boleh duduk setempat je dekat rumah, dia ada sasaran yang dia nak capai dalam hidup. "Situasi ini rumit, kita boleh bagi nasihat sampai berbuih mulut, tapi hanya pasangan tu sendiri je yang tahu apa yang terbaik untuk mereka. Mereka kena bincang dan dua-dua kena mendengar," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube