suria

“Saya bersih, cukur semua” - Beli durian, belanja badan! Abang sado memang nak undang reaksi orang ramai

Raff dihujani komen netizen selepas berkongsi video tidak berbaju di media sosial.

VIDEO memaparkan seorang pemuda sado tidak berbaju yang sedang mengopek durian meraih 1.1 juta tontonan di media sosial.

Menyingkap ke ruangan komen, ramai netizen bertanyakan lokasi gerai durian itu dan turut membuat usikan nakal terhadap pemuda berkenaan.

"Tiba-tiba rasa nak makan durian.

"Tiba-tiba tekak ni teringin nak makan durian pula. Kat mana ni?

"Tak makan durian tapi teringin sangat nak makan.

"Durian dia pun berotot," tulis beberapa netizen.

Netizen juga tanya saya, kenapa buka baju? Saya cakap sebab panas.

ASRAFF ROSLI

Ketika dihubungi mStar, Asraff Rosli atau Raff berkata dia bukanlah peniaga durian, sebaliknya sekadar membuat rakaman itu sebagai eksperimen sosial sahaja.

"Saya tak berniaga, saya pergi makan durian dengan kawan-kawan di Raub, Pahang. Saya buat video itu secara spontan sebab nak tengok reaksi masyarakat. Sebelum ini viral peniaga durian sado tak berbaju di Terengganu. Saya tengok dia kena kecam.

"Orang kata dia selekeh sebab ada bulu dada. Orang juga body shaming, kata dia gemuk, pendek dan sebagainya. Jadi saya buat video versi bersih, proper, shave semua, rambut terletak elok.

ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Duda sado bikin panas berniaga durian tayang badan - “Saya bukan jual maruah, masih pakai seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang sado berkopiah rancak jual durian, tak selesa ‘marketing’ tayang badan... Pakai baju ketat pun dah rasa malu

"Saya tak suka masyarakat kecam orang yang buat badan ni. Saya mewakili orang yang jaga badan, nak tunjuk yang kami ni bersih. Bila saya buat video, tiba-tiba semua positif. Tiada kecaman, cuma orang tegur aurat saja," ujarnya.

Mengulas teguran tentang aurat, pemuda berusia 30-an itu berkata dia menerima segala komen netizen dengan hati yang terbuka dan tidak pernah menganggapnya sebagai satu kecaman.

Malah, dia turut memuat naik sebuah lagi video, memaparkan aksinya membelah durian sambil berbaju selepas menerima teguran orang ramai di media sosial.

raff1

Raff menikmati durian di Raub baru-baru ini.

"Ramai yang bagi reaksi positif. Contohnya, ada yang tak pernah makan durian tiba-tiba nak cuba durian. Netizen juga tanya saya, kenapa buka baju? Saya cakap sebab panas.

"Bila orang tegur, saya buat video belah durian masa pakai baju pula. Bagi saya, sekarang ni memang musim content. Semua orang ada platform media sosial. Apa yang kita kongsi, kita tak tahu ia akan jadi viral," ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, pemuda asal Kota Bharu, Kelantan yang masih bujang itu turut mendedahkan dia dihujani pelbagai mesej usikan nakal termasuklah individu yang mahu berkenalan dengannya.

03raff

Raff kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Sukan.

"Saya belum berkahwin, masih mencari. Sejujurnya, saya terima banyak mesej orang nak berkenalan. Saya letak nombor telefon di TikTok untuk bisnes.

"Ada juga yang mesej nakal suruh datang rumah. Saya tak pasti yang mana satu nakal, yang mana satu serius," ujarnya berseloroh.

Namun kata Raff, dia berterima kasih atas sokongan semua netizen yang sentiasa memberi sokongan terhadap dirinya di media sosial.

02raff

Raff turut aktif dalam sukan bola sepak.

Mengenai dirinya, pemuda asal Kota Bharu, Kelantan itu berkata dia terlibat dalam dunia kecergasan sejak 10 tahun lalu.

Mengenai dirinya, Raff turut menjalankan perniagaan makanan tambahan sambil menjalani pengajian doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam dalam bidang Sains Sukan.

"Dalam fitness ni dah 10 tahun. Saya juga merupakan seorang jurulatih kecergasan. Selain itu, saya sekarang buat perniagaan suplemen.

01raff

Raff berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

"Pada masa yang sama, saya kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Sukan. Saya sambung belajar sebab minat mendalam terhadap bidang ini," ujarnya lagi.

Untuk rekod, mStar pada 5 Jun lalu melaporkan kisah seorang duda sado yang berniaga durian dalam keadaan tidak berbaju.

Peniaga dari Terengganu itu meraih perhatian netizen selepas video ketika dia berniaga tular di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain