KEHIDUPAN di sekolah berasrama menjanjikan pengalaman yang unik buat pelajar yang pernah merasainya. Di sebalik rasa rindu berjauhan dengan keluarga, penghuni asrama boleh belajar hidup berdikari dan mengukir pelbagai kenangan bersama rakan-rakan. Namun terbaharu tular cerita kurang menarik berikutan luahan hati seorang pekerja dewan makan di sebuah asrama yang kecewa dengan sikap penghuni asrama masa kini. Senarai nama 17 penghuni asrama yang sedang tular. Tidak mendedahkan identitinya, dia merungut di media sosial kerana terpaksa melayan kerenah 17 penghuni asrama puteri (aspuri) yang mempunyai alahan makanan berbeza-beza. "Ni la perangai budak-budak asrama. Dalam borang kata tak ada alergi. Sampai kat dewan makan semua tak boleh makan. "Peliknya, ikan berkuah pun tak boleh makan. Macam mana cerita tu?" soalnya menerusi Facebook. Tak lawak okey... alergi ni isu bahaya bagi yang mengalaminya. NETIZEN Dalam posting itu, dia turut memuat naik sekeping kertas bertulisan tangan, memaparkan nama 17 pelajar serta pantang larang makanan yang tidak boleh dimakan. Kebanyakan mereka mengalami alahan terhadap makanan laut seperti sotong, ikan, udang serta alergi terhadap ayam, telur dan sayuran. Paling mencuri tumpuan tentunya seorang pelajar perempuan yang mendakwa dia alergi terhadap masakan ikan berkuah. ARTIKEL BERKAITAN: “Ni aspura ke aspuri?” - Huru-hara dorm! Bingit 20 pelajar menjerit, terlompat-lompat ‘perang’ dengan seekor tikus ARTIKEL BERKAITAN: [V] Senang kerja! Warden buat live TikTok ketika spotcheck dorm pelajar, otai hadir dedah port rahsia sorok barang larangan Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar para pelajar terbabit yang dianggap mengada-ngada dan memilih makanan. "Dah tahu alergi, mengada-ngada. Tak payah hantar anak tu masuk asrama. Peram je kat rumah. "Kalau semua makanan kat dewan makan tu dia tak boleh makan sebab alergi, dia makan apa je nanti? Order Foodpanda ke? "Ni mengada-ngada namanya. Duduk asrama, citarasa rumah sendiri. Penghuni asrama melalui pengalaman berbeza berbanding pelajar yang tinggal di luar. -Gambar hiasan "Bagi getah paip je. Hilang la alergi," tulis beberapa netizen. Malah, ada yang mencadangkan pelajar tersebut membuat diagnos dengan pakar perubatan untuk mengesahkan alergi yang dialami mereka. Dalam pada itu, ada juga pelayar Facebook turut mempertahankan pelajar terbabit dan meminta isu alahan makanan tidak dipandang ringan. "Tak lawak okey. Alergi ni isu bahaya bagi yang mengalaminya. "Ingat kelakar dan remeh ke isu alergi ni? Alergi pemakanan ni boleh bawa maut untuk sesetengah orang," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube