suria

Tolak hantaran! Tragedi di rumah bakal mentua, gadis rempuh pagar sampai tercabut - “Lepas langgar, mak dia terus keluar”

Balqis Adriana ke rumah teman lelakinya Annas untuk mencuba ATV.

BAGI kaum Hawa, kunjungan ke rumah keluarga teman lelaki pastinya ingin diabadikan sebagai kenangan terindah.

Dalam kunjungan itu sikap baik, sopan santun perlu ditonjolkan bagi menambat hati bakal mentua.

Namun gadis berusia 23 tahun ini berdepan situasi sebaliknya apabila memori indah yang ingin dicipta bertukar ‘tragedi’.

Pagar rumah tercabut manakala Balqis Adriana tercampak ke tepi ATV.

Pagar rumah tercabut manakala Balqis Adriana tercampak ke tepi ATV.

Mana tidaknya, dia tanpa sengaja merempuh pagar rumah teman lelakinya sehingga tercabut ketika berkunjung ke rumah bakal mentua.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, dia pada ketika itu sedang menunggang kenderaan pelbagai permukaan atau All Terrain Vehicle (ATV) sebelum tiba-tiba melanggar pagar dan terpelanting.

Bercerita kepada mStar, Balqis Adriana Mohd Fahmey berkata, pada hari kejadian dia yang tinggal di Terengganu mahu terbang ke Johor.

Bagaimanapun dia singgah ke rumah teman lelakinya, Annas di Kelantan kerana tiket penerbangan dari Terengganu ke Johor mahal.

“Saya nak balik ke Johor dari Terengganu tapi flight dari situ mahal, jadi saya ke Kelantan dengan teman lelaki sebab rumah dia di Kelantan.

“Saya beli tiket flight Kelantan ke Senai. Lagipun dari dulu lagi saya kata pada dia yang saya teringin nak naik ATV rumah dia,” ujarnya.

Disebabkan keinginan untuk menunggang kenderaan tersebut, teman lelakinya membawa dia mencuba ATV itu pada jam 8 pagi,12 Jun lalu sebelum mereka menunggangnya ke pantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki murah senyuman, bikin Gf cair! Jejaka Sungai Petani ini gigih naik motor demi beraya bersama kekasih di Terengganu

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki ambil serius gurauan kekasih, hantar kereta Porsche bling bling sebagai hadiah hari jadi

Dia diajar teknik untuk mengendalikan kenderaan tersebut di halaman rumah terlebih dahulu.

“Saya diajar tentang gear, brek dan cara kawal. Entah macam mana, semasa mencubanya, saya terpulas minyak sehingga habis.

“Saya terus terlanggar tiang pagar sehingga pagar tercabut dan saya jatuh ke tepi ATV,” ceritanya sambil mengakui dia tidak pernah mengendalikan ATV sebelum ini.

Tujuh keturunan tak habis cerita ni... akak tenang saja.

WARGA MAYA

Selepas insiden itu, dia menganggap tiada kecederaan berlaku walaupun jari kakinya terhempap tayar ATV.

Namun semasa berada di lapangan terbang, kakinya mula berasa sakit dan menjadi kebiruan sehingga menyebabkan dia terpaksa berjalan terhincut-hincut.

Bagaimanapun, dia berasa lega kerana ibu kepada teman lelakinya sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat tentang dirinya selepas insiden tersebut.

Balqis Adriana ke rumah teman lelakinya Annas untuk mencuba ATV.

Balqis Adriana ke rumah teman lelakinya Annas untuk mencuba ATV.

“Pada masa tu, mak dia dalam rumah. Lepas terlanggar, mak dia terus keluar dan rekod saya dengan teman lelaki tengah ketawa sambil pasang pagar. Mak dia kemudian hantar video tu dan suruh saya simpan ‘as history’.

“Saya minta maaf pada mak dia sebab kemikkan pagar tapi mak dia reply ‘ummi risau masuk wad, pasal pagar ummi tak risau pun’.

“Dia juga sering mesej di WhatsApp kerana bimbang keadaan kaki saya,” ujarnya sambil menyatakan jari kakinya kemungkinan retak jika bengkak tidak surut dalam tempoh tiga hari selepas pemeriksaan dibuat.

Balqis Adriana berasal dari Senai, Johor.

Balqis Adriana berasal dari Senai, Johor.

Perkongsian tersebut membuatkan videonya tular dan dihujani komen warga maya.

Selain pelbagai reaksi mencuit hati, ada yang meminta supaya hantarannya dipotong bagi menggantikan pagar yang telah dilanggar.

“Tolak duit hantaran, ganti rugi pagar tercabut.

“Akak nak ukur ketahanan ATV atau pagar?

“Sampai kahwin dan beranak pinak akan diungkit cerita ni.

“Tujuh keturunan tak habis cerita ni... akak tenang saja,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain