suria

Pelajar UiTM sarung jubah graduasi di Annapurna, balik Malaysia terus pergi konvo - “Mencabar, tapi lagi susah nak habiskan pengajian”

Danial membuat penggambaran pra konvokesyen di Gunung Annapurna pada 17 Mei lalu.

IMPIAN jadi realiti.

Begitulah kisah graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana yang akhirnya menjejakkan kaki ke Gunung Annapurna di Nepal.

Lebih manis, Danial Izzat, 23, turut menyarungkan jubah konvokesyen ketika berada di basecamp gunung berkenaan, pada ketinggian 4,130 meter dari paras laut pada 17 Mei lalu.

danial3

Danial baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Seni Kreatif.

Selesai misi di sana, dia yang senang disapa Danial sempat kembali ke tanah air pada 22 Mei, sehari sebelum majlis graduasinya berlangsung.

"Saya rancang sejak tahun lepas lagi sebab target nak pakai jubah konvo dekat atas gunung, tak kisah mana-mana gunung. Awalnya saya rancang nak shoot pakai jubah konvo dekat Gunung Kinabalu je, tapi tarikh tu tak mengizinkan.

"Tarikh tu kena pula ke Nepal, dapat trip ke sana. Jadi saya pun bawa jubah, alang-alang boleh photoshoot kat sana. Lagipun, jubah konvo kan memang kena ambil awal. Saya rasa tak pernah lagi orang photoshoot jubah konvo dekat altitud yang tinggi.

Walaupun berdepan banyak cabaran untuk ke Annapurna, ia tetap tak dapat tandingi kesusahan untuk habiskan pengajian semua semester.

DANIAL IZZAT

"Jadi saya pun cuba la buat benda yang berbeza sikit daripada orang lain. Saya ke Nepal pada 27 April. Balik Malaysia 22 Mei. Sampai dari Nepal, terus konvo," ujarnya berseloroh ketika dihubungi mStar.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran untuk ke basecamp berkenaan, Danial berkata dia berpuas hati apabila dapat menyarungkan jubah keramat itu dalam cuaca sejuk melampau di pergunungan berkenaan.

"Saya teruja, sebab bagi saya Annapurna ni mencabar. Nak kena tempuh cuaca yang tak tentu. Kadang-kadang hujan, kadang-kadang salji dan sejuk yang melampau. Annapurna is one of the deadliest mountain. Tak ramai naik. Annapurna lebih bahaya berbanding Everest.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram atau kreatif? Sekumpulan pelajar UiTM rakam gambar pra konvo tanpa kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan UiTM ‘slay’ habis! Terbang ke Bangkok rakam video pra konvo... Sanggup berpeluh-peluh demi ‘content’ level T20

"Saya tak mahu claim saya orang pertama yang buat pre-convo kat sini, takut yang dulu-dulu pun pernah buat juga. Tapi bila dah berjaya lakukannya, saya rasa sangat puas hati.

"Walaupun berdepan banyak cabaran untuk ke Annapurna, ia tetap tak dapat tandingi kesusahan untuk habiskan pengajian semua semester," ujar Danial yang masih belum berkesempatan untuk menawan puncak Annapurna yang berketinggian 8,091 meter dari paras laut.

Bercerita lanjut, Danial berkata dia aktif bekerja sebagai pemandu pelancong sejak tahun lalu dan turut membawa 20 individu dalam trip ke Annapurna baru-baru ini.

danial2

Danial bersama keluarga pada hari bersejarah 23 Mei lalu.

Dia yang juga lepasan bidang Pengurusan Seni Kreatif mengakui masih berbelah bahagi untuk memilih haluan kerjaya kerana meminati kedua-dua bidang yang diceburinya pada masa ini.

"Saya jadi tour guide sejak September tahun lepas. Baru lagi dalam bulan Ogos. Sebelum ini saya ikut trip je. Setakat ini saya baru ke Bromo, Gunung Ijeng, Pulag Sibayak dan Kinabalu.

"Saya pun masih fikir, sekiranya nak sambung degree atau sambung kerja macam ni. Masih fikir, dalam dilema orang kata. Tapi Alhamdulillah, mak ayah dan kawan saya semua bagi sokongan," ujarnya yang berasal dari Shah Alam.

danial5*

Foto kenangan ketika di basecamp Annapurna.

Mengulas persepsi segelintir individu yang menganggap minatnya berbahaya, Danial mempunyai alasan sendiri untuk meneruskan impiannya itu.

"Bagi saya, semua sukan ada bahayanya yang tersendiri. Sebab tu pentingnya ada travel or adventurous insurance. Tak lupa juga untuk training dan belajar tentang gunung dan sebelum kita nak naik gunung tu kenalah jaga kesihatan dari segi mental, fizikal and so on tu semua fit.

"InsyaAllah you are good to go but if something happens to you, masa tu la insurance ni sangat sangat berguna. Begitu juga dengan sukan-sukan lain," ujarnya yang kini sedang mengikuti trip di Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain