KEBANYAKAN pelajar ketika ini memilih untuk memasak sendiri, apatah lagi dengan adanya kemudahan peralatan seperti periuk serba guna. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah mereka dapat menonjolkan kreativiti menerusi menu yang disediakan. Apa yang lebih menyeronokkan apabila dapat menikmati masakan beramai-ramai bersama rakan sebilik atau serumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Begitulah juga dengan siswi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Kota Kinabalu ini yang tidak ketinggalan menunjukkan kemahiran memasak resipi 'edisi pelajar' di media sosial. Nurain Anira Yusri berkata, dia sudah mula memasak sejak menetap di rumah sewa, hampir setahun yang lalu namun baru berjinak-jinak berkongsi video masakan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Masakan ‘edisi kolej’ bikin ramai ketagih, untung siapa rapat dengan pelajar ini - “Saya tak masak untuk seorang” ARTIKEL BERKAITAN: Tak reti duduk diam! Sibuk menari, aktif sertai aktiviti dalam kampus... pelajar buktikan mampu dapat pointer gempak "Dulu sewaktu duduk di kolej, sukar untuk memasak. Jadi apabila duduk menyewa rumah dengan rakan-rakan, barulah saya mula cuba memasak. "Pada mulanya saja-saja masak untuk dimakan ramai-ramai, tapi kawan-kawan suka masakan saya. Rata-ratanya dari semenanjung, mereka rindu dengan air tangan ibu masing-masing. "Saya ni nak kata pandai memasak sangat tu tidaklah, tapi bolehlah memasak sebab terbiasa dah dengan dapur dari kecil. Ini kerana saya anak tunggal, apabila ibu dan bapa sibuk, saya masak sendiri. Ain berjinak-jinak memuat naik video masakan edisi pelajar sejak minggu lalu. "Jadi kawan-kawan cadangkan kenapa tidak saya buat content sebab selalu masak. Malah mereka hadiahkan multi-cooker kepada saya. Tapi dah rosak, sekarang saya guna yang ibu saudara hadiahkan pula," ujar gadis yang berasal dari Sandakan ini kepada mStar. Senang disapa sebagai Ain, gadis berusia 22 tahun ini berkata, dia akan memasak mengikut kelapangan jadual kuliah. Ditanya pula mengenai menu yang disediakan, Ain berkata kebanyakannya adalah resipi yang biasa dimasak oleh ibunya, selain dia turut menjadikan video masakan selebriti media sosial, Che Nom, sebagai rujukan. Kawan-kawan suka masakan saya. Rata-ratanya dari semenanjung, mereka rindu dengan air tangan ibu masing-masing. NURAIN ANIRA YUSRI "Tapi selalunya saya olah resipi ikut student edition. Bahan masakan saya beli dengan duit sendiri... saya tak berkira kerana puas hati tengok kawan-kawan makan. "Mereka offer nak beli barang-barang, saya kata tak apa. Selalunya saya masak satu lauk saja. Kalau makan-makan hujung minggu, baru dua tiga lauk," ujarnya yang turut menjana pendapatan sampingan menerusi perkhidmatan kecantikan. Siapa sangka, walaupun mula memuat naik video masakan sejak seminggu lalu, kebanyakannya meraih melebihi 27,000 jumlah tontonan, malah salah satu video masakannya meraih 954,000 jumlah tontonan! Video ayam masak ijo (hijau) dan nasi goreng kampung yeng turut meraih jumlah tontonan tinggi di TikTok. "Saya sendiri tak sangka pun video jadi viral sebab saja suka-suka kongsi resipi. Paling seronok, ramai komen minta resipi dan minta saya hasilkan lebih banyak video masakan. "Tapi ada juga yang komen cara masakan saya... ada satu menu tu, dia cakap masak lemak tak tumis dengan bawang. Di Sabah, memang tumis dengan bawang. "Mungkin dia fikir saya rosakkan resipi masak lemak. Saya OK saja dan terangkan ini cara saya. Mungkin mereka tak tahu saya asal Sabah. Nanti bila ada kelapangan, saya cuba buat masak lemak versi Negeri Sembilan pula," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube