ANAK mak! Begitulah gambaran masyarakat terhadap seorang lelaki yang lebih mendengar dan mengikut segala kemahuan ibunya. Lebih teruk lagi, disebabkan terlalu patuh, dia sanggup 'melepaskan' isteri tercinta. Meluahkan kesedihan yang dirasai, seorang wanita mendedahkan bahawa dia bercerai dengan suaminya bukanlah disebabkan masalah kecurangan seperti yang sering didedahkan di media sosial. Seorang ibu tidak sanggup berpisah dengan anaknya. -Gambar hiasan Malah hubungannya dengan suami juga sangat baik serta tidak mempunyai sebarang masalah. "Aku berpisah sebab mak mentua nak aku bagi anak pada kakak ipar (anak dia) yang belum ada rezeki mengandung," ujarnya. Kisah dirinya yang dipaksa memberikan anak kepada ipar juga pernah tular di media sosial sebelum ini. Pada pandangannya, campur tangan mentua dalam kehidupan rumah tangganya berlaku kerana dia merupakan insan 'sebatang kara'. ARTIKEL BERKAITAN: “Anak 10 pun belum tentu ikhlas nak bagi” - Wanita stres mentua paksa serah bayi bakal lahir kepada kakak ipar, ‘geram’ suami tiada bantahan ARTIKEL BERKAITAN: Anak kagum ibu bijak, boleh ramal masa depan! Dulu miskin sampai tak masuk IPT, tapi anak-anaknya selesa sejak lahir "Aku boleh kira sebatang kara sebab tak ada sesiapa dan sebab itu MIL (mother in law) suka hati mengatur hidup kami. "Nasib aku malang sebab bekas suami terlalu dengar akan cakap MIL dan terlalu kesiankan kakak dia sampai memaksa aku ikut cakap mak dia untuk bagi anak aku," luahnya lagi. Akibat sering didesak untuk memberikan anak yang dikandung, dia mengambil keputusan untuk keluar rumah bersama anak pertama sehelai sepinggang. Apa yang menyedihkan, suaminya langsung tidak mempedulikan tindakannya yang merajuk membawa diri. Elok Allah tunjukkan rupa sebenar mereka. Jaga anak baik-baik, semoga sis diberi ketabahan dalam ujian-Nya. WARGA MAYA Dia turut berkongsi tentang kehidupan kakak iparnya yang bahagia dengan suami meskipun mereka tidak dikurniakan zuriat. "Kakak ipar yang tak boleh mengandung tu gembira dengan suami dia. Tak ada suami dia ceraikan sebab dia tak boleh mengandung. "Tapi kenapa aku yang kena?" ajunya kecewa. Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa suaminya mahupun keluarga mentua langsung tidak menghiraukan dia dan anak-anak selepas mereka keluar dari rumah. Anak-anak sering menjadi mangsa apabila ibu dan ayah bercerai. -Gambar hiasan Mereka juga langsung tidak datang melawat walaupun sudah seminggu anak kecilnya dimasukkan ke hospital. Khabar anak sulungnya juga tidak pernah ditanya sejak kejadian tersebut. "Macam sekarang, sudah seminggu anak aku yang kecil masuk wad... langsung tak ada rasa nak datang melawat atau nak tengok anak sulung yang aku tinggalkan pada kawan. "Daripada hari pertama aku langsung tak dapat jumpa anak aku yang sulung sebab budak tak boleh melawat dan aku pun tak ada kenderaan nak ulang alik. "Tak mungkin juga aku nak tinggalkan anak yang masih bayi sendirian di wad," kongsinya lagi. Antara reaksi yang ditinggalkan warga maya. Apa yang berlaku ini menyebabkan dia berasa hairan dengan sikap bekas suami. Sebagai ayah, mustahil dia tidak ada rasa sedikit kasihan terhadap anak-anak atau berasa serba salah. "Tak ada rasa serba salah atau memang tak ada hati perut? Pelik sebab hubungan sebelum ini semua okay... sebabkan isu begini berubah terus semuanya. "Susah nak move on kadang-kadang tapi mak dan adik-beradik sendiri tetap terpaling penting," katanya. Luahan yang dikongsikan di halaman TikTok itu menjadi tular di media sosial. Rata-rata warga maya yang mengikuti kisahnya sebelum ini menzahirkan rasa sedih dan pilu kerana akhirnya dia dan suami berpisah kerana sikap ibu mentua. "Ada baca ceritanya dulu... kesian sangat, terasa pedih sangat hati ni. "Aku dah lalui, cuma situasi berbeza... dah jadi suami tapi lebih pentingkan hati dan perasaan adik-beradik. Alhamdulillah, aku bercerai dan bahagia dengan anak. "Elok Allah tunjukkan rupa sebenar mereka. Jaga anak baik-baik, semoga sis diberi ketabahan dalam ujian-Nya. "Pernah terbaca kisah ni, mungkin ini yang terbaik buat sis... teruskan melangkah, jangan pandang belakang lagi. InsyaAllah kebahagiaan menanti di hadapan," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube