suria

Depan isteri jadi suami ‘soleh’, keluar rumah rancak buka ‘dating apps’ cari perempuan... Paling sedih kantoi mesej langgan pelacur!

Zara Zayne mendedahkan kisah rakannya yang bercerai kerana kecurangan suami.

PERASAAN sedih dan kecewa pastinya dirasai apabila mengetahui pasangan yang berjanji sehidup semati, berlaku curang.

Lebih memilukan apabila perbuatan sama diulang berkali-kali tanpa sebarang rasa bersalah.

Demikianlah kisah seorang wanita yang dikhianati suaminya.

Menceritakan kejadian yang berlaku itu, wanita dikenali sebagai Zara Zayne berkata, ia terjadi kepada rakannya.

Isteri pastinya berasa sedih dan kecewa selepas mengetahui suaminya curang.

Isteri pastinya berasa sedih dan kecewa selepas mengetahui suaminya curang.

Dia pada awalnya meluahkan rasa terkejut apabila rakan lamanya tiba-tiba kembali menghubungi di Facebook selepas lama menyepi sejak berkahwin.

"Hari itu semasa bulan puasa, kawan yang dah lama tak hubungi tiba-tiba mesej di Facebook... aku ni apabila kawan lama tiba-tiba hubungi minta nombor telefon jadi risau, mana tahu nak pinjam duit.

"Mula-mula aku buat tak nampak mesej tu kemudian lepas sejam dia mesej lagi cakap 'kalau kau nampak mesej aku, balas ya... urgent'. Aku pun bagi nombor telefon dan dia terus menghubungi," ujarnya.

Tanpa berselindung, rakannya terus menyatakan yang dia pernah diajukan saudara tentang satu aplikasi sosial yang memudahkan pengguna mencari kenalan baharu.

Iyalah, dia sudah lama berhijrah jadi tidak mengetahui aplikasi yang dimaksudkan itu.

"Dia tidak tahu aplikasi apa-apa pun... satu hari, saudara dia tanya suami main tak aplikasi MiChat. Tapi pada masa tu dia tak peduli sangat sebab katanya dalam telefon suami tak ada apa-apa yang mencurigakan," demikian cerita Zara.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pastinya berasa sedih dan kecewa selepas mengetahui suaminya curang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedap ‘makan luar’ tewas tengok air mata isteri, menyesal daftar akaun Litmatch - “Bukan senang tinggalkan semua ni”

Hanya kerana mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, rakan Zara bertindak 'mencari' aplikasi tersebut di ruangan penyimpanan.

Tanpa diduga, dia melihat aplikasi yang disebutkan itu, tetapi telah dinyahaktif daripada telefon.

"Kalau kau pakai iPhone... jika kau pernah download aplikasi, dia akan keluar lambang awan dan ada anak panah. Itu bermakna aplikasi pernah ada dalam telefon.

"Apabila dia pergi buka App Store telefon suami dia, memang ada lambang awan tu. Jadi kawan aku ni cuba download masa suami dia tak sedar.

"Aku pun ajar selepas download aplikasi, ambil forgot password dan akan hantar kod pada telefon... kemudian dapat buka," katanya.

Menurut Zara, sejak daripada itu telefonnya sentiasa berbunyi pada waktu malam selepas kawannya berjaya membuka akses aplikasi berkaitan.

Suami dia memang sangat baik, aku pun spceechless. Aplikasi tu, suami dia guna sejak awal mereka kahwin lagi.

ZARA ZAYNE

Selepas panggilan dijawab, dia mendengar suara rakannya menangis teresak-esak.

Paling mengejutkan apabila dia dimaklumkan bahawa suami rakannya melanggan pelacur setiap kali perlu bertugas di luar kawasan.

"Dia menangis melalak-lalak, dia cakap dapat buka aplikasi dan terbongkar segalanya. Kat dalam aplikasi, itu watak sebenar suaminya.

"Suami dia selalu keluar outstation dan kebetulan suami dia baru balik dari Labuan. Kita tak cakap tempat tu teruk tapi rupanya suami dia dah langgan beberapa orang pelacur dan bukti semua ada dalam mesej.

MiChat menjadi punca pasangan berkahwin berakhir dengan penceraian.

MiChat adalah aplikasi sosial dengan pelbagai fungsi.

"Speechless, aku ajar dia bukan untuk meruntuhkan rumah tangga tetapi dalam tu terlalu banyak bukti, bukan sekali tapi banyak kali," tambahnya lagi yang mendengar luahan rakannya dari pukul 1 pagi sehingga selepas waktu sahur.

Sejurus selepas perbuatan curang terbongkar pada malam itu, mereka bergaduh teruk sehingga suaminya keluar rumah tanpa membawa telefon.

Bercerita lanjut, Zara berkata dia diberitahu suami rakannya itu berperwatakan baik umpama 'pijak semut tak mati' apabila berada di rumah.

Malah, dia dikatakan seorang yang ringan tulang serta gemar duduk di rumah dan membantu anak isteri.

Antara reaksi warga maya selepas mendengar pendedahan Zara Zayne.

Antara reaksi warga maya selepas mendengar pendedahan Zara Zayne.

Bahkan, Zara turut meluahkan rasa tidak percaya selepas mengetahui kisah yang didedahkan rakannya itu.

"Suami dia memang sangat baik, aku pun spceechless. Aplikasi tu, suami dia guna sejak awal mereka kahwin lagi... apabila isteri tak ada, dia akan download aplikasi tu.

"Tapi kalau tengok telefon suami dia, memang tak ada perempuan lain... rupanya ada dalam aplikasi," katanya.

Malah sehingga kini, Zara mengakui dihantui rasa bersalah kerana menjadi punca penceraian rakannya itu.

"Sekarang ini kawan aku baru sahaja sah bercerai dengan tanpa kata maaf daripada bekas suami dia," tambahnya yang turut menasihati para wanita supaya berhati-hati sekiranya mengetahui pasangan mempunyai aplikasi 'dating'.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pelayar wanita turut berkongsi pengalaman dicurangi selain pernah berhadapan situasi sama.

"Kes macam saya. Kantoi hari ini, esok daftar cerai... Isnin lafaz talak. Senang move on, tak perlu sedih.

"Dahulu aku ada kawan lelaki macam tu... suami orang juga. Pergi kerja download aplikasi tu, balik kerja dia delete buat macam tak ada apa-apa.

"Faham. Tengah malam saya jumpa mesej dalam telefon suami, rasa menggigil semua ada. Perkara tu masih segar macam baru berlaku semalam," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain