suria

Penuntut universiti geram rakan kuliah PJJ sambil lewa, siap tak tahu deadline pembentangan... Konon terpaling sibuk bekerja

Status sebagai seorang pelajar dan juga bekerja dalam masa yang sama sememangnya sangat mencabar. -Gambar hiasan

MELANJUTKAN pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sudah semestinya menjadi impian kebanyakan individu.

Bukan sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan bagi melayakkan diri memasuki pasaran pekerjaan, bahkan ramai yang melanjutkan pelajaran kerana mahu menaikkan tangga kerjaya.

Tidak semua berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada waktu yang sepatutnya ekoran pelbagai kekangan antaranya faktor kewangan, masa ataupun mempunyai prioriti lain.

Maka tidak hairanlah ramai yang menyambung pelajaran apabila sudah bekerja dengan mengambil mode pengajian jarak jauh (PJJ) ataupun mengikuti program secara separuh masa.

Program seperti ini lazimnya memberi kelonggaran kepada penuntut khususnya yang bekerja untuk mengikuti kuliah secara dalam talian (online).

Hari graduasi adalah detik yang paling dinantikan setiap pelajar universiti selepas segala pengorbanan dicurahkan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, situasi sebegini sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan jika tiada kerjasama daripada rakan sekuliah lebih-lebih lagi apabila melibatkan tugasan berkumpulan (group assignment).

Seorang individu berkongsi luahan hatinya apabila berdepan dengan situasi di mana rakan sekuliah tidak dapat memberikan komitmen lantaran kesibukan bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT terkejut! Satu kumpulan dapat markah 0, rupa-rupanya ahli 'selfish' tak hantar tugasan

ARTIKEL BERKAITAN: Guru gigih buat kelas online tapi ‘0 kehadiran’, anak dedah bapanya kecewa sampai tahap nak pencen - “Abi bersangka baik pada student dia, salahkan link saya buat”

"Crazy. If you're busy working then just work la (Kalau sibuk sangat bekerja, jadi kerja saja la). Tak payah sambung belajar kalau macam ni.

"Dengan tak tahu deadline bila. Macam mana boleh dapat kerja aku pun tak faham. No ethics to the lecturer langsung (tiada adab dengan pensyarah langsung). So glad that they're not in my group (lega kerana mereka bukan dalam kumpulan saya). Paling busy konon," demikian luahnya di media sosial.

Individu tersebut turut memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp dengan rakan sekuliahnya.

Menerusi perbualan berkenaan, individu tersebut bertanyakan rakannya sama ada akan membuat pembentangan atau sebaliknya, namun jawapan yang diberikan benar-benar tidak diduga.

Kalau rasa nak fokus kerja, berhenti belajar. Tak boleh nak bahagi komitmen, jangan cuba nak buat.

NETIZEN

"Kami tak sempat buat apa-apa lagi. Masing-masing busy kerja," jawab rakannya sebagaimana yang terpapar di dalam tangkap layar perbualan mereka.

Sekadar membuat luahan di media sosial, perkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

"Iya dah kena dulu. Sebab kerja katanya... orang bujang ni. Aku ni kena jaga anak lagi, kerja, boleh je komited buat assignment.

"Jenis ni memang banyak...semua nak dikejar. Paling bercita-cita tinggi katanya.

"Selalu team mate hauk begini, dengan markah kita sekali terbabit... menyusahkan orang. Assignment tak buat, kita sorang buat lepastu markah dia dapat juga. Baik buat assignment sorang-sorang," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, majoriti warga maya memberikan nasihat khususnya kepada individu yang berhasrat untuk menyambung pelajaran sambil bekerja agar tidak menyusahkan pihak lain di kemudian hari.

uni 2

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Bila dah register part time study tu maknanya kita dah ready untuk menjadi tersangat busy dan tak ada life. Sampai sedang meeting pun boleh sambil-sambil buat assignment untuk kejar deadline.

"Satu je nak cakap. Jangan menyusahkan orang, lecturer dan team mates kau. Kalau rasa nak fokus kerja, berhenti belajar. Tak boleh nak bahagi komitmen, jangan cuba nak buat.

"Fokus pada belajar dulu. Faham nak cari side income untuk tampung kos. Jangan kerana kejarkan hasil part time, hilang pelajaran yang merugikan masa depan dan result yang cukup-cukup makan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain