suria

Tak sangka sirap percuma mampu bahagiakan ramai orang! Anak sendiri sampai merajuk tak sempat rasa

Suami Shaf menunggu murid-murid untuk memberi air sirap percuma.

KECIL atau besar sesuatu tindakan yang kita lakukan bukanlah ukuran, asalkan ia dapat menggembirakan orang lain.

Itulah yang dilakukan oleh sepasang suami isteri ini yang mengambil inisiatif menyediakan air sirap sejuk secara percuma untuk murid-murid sekolah ketika sedang merentas desa.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Shaf berkata, dia mengetahui tentang penganjuran aktiviti sukan tersebut menerusi anaknya yang turut sama terlibat.

"Dua anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana. Yang sulung darjah enam, anak kedua darjah empat. Beberapa hari sebelum itu mereka beritahu, ada sukan merentas desa.

"Laluan (route) aktiviti itu termasuklah jalan di taman perumahan kami, betul-betul lalu di hadapan rumah saya. Jadi saya dan suami spontan terfikir nak bancuh air.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rare’ kambing sertai hari sukan sekolah, tiba-tiba ‘Abang’ terlepas... kecoh dibuatnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘serabut’ cari duit RM1,500 tak jumpa, rupanya anak 6 tahun buat sedekah di sekolah... Kena bebel langsung tak ‘angkat’ muka

"Pada mulanya kami fikir nak bancuh air yang sedap sikit tapi tak sempat nak membeli bahannya kerana kebetulan sehari sebelum itu, bapa mentua meninggal dunia.

"Jadinya sempat bancuh air sirap sejuk saja," cerita wanita berusia 40 tahun yang menetap di Seri Iskandar, Perak ini.

Shaf yang juga ibu kepada tiga cahaya mata menambah, sebanyak 100 cawan air sirap disediakan olehnya dan suami yang disusun di atas meja di hadapan pagar rumah mereka.

sirap 2

Murid sekolah singgah di hadapan rumah Shaf untuk menikmati air sirap.

"Sekitar pukul 8.30 pagi macam tu, murid-murid mula melalui jalan di taman perumahan kami. Saya, suami dan anak bongsu dah standby dekat depan rumah dan panggil mereka untuk ambil air free.

"Memang ramailah yang singgah, termasuk anak sulung saya. Macam pit-stop pula. Seronok tengok muka masing-masing happy dapat minum air sirap untuk hilangkan dahaga.

"Sempat juga kami bagi kata-kata semangat untuk mereka. Semua ucap terima kasih sebelum sambung merentas desa.

Apa yang kita hanya mahukan adalah orang di sekeliling kita gembira dengan kita seadanya.

SHAF

"Sebanyak 100 cawan tu habis sekejap saja... kiranya yang 100 orang terawal saja yang dapat. Anak kedua saya pun tak sempat... merajuk dia bila air dah habis," katanya sambil berseloroh.

Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular di TikTok, Shaf berkata dia dan suami sekadar melakukan perkara kecil untuk menghiburkan kanak-kanak.

"Kami berdua tak ada apa, makan pun cukup-cukup kadang-kadang tu. Apa yang kita hanya mahukan adalah orang di sekeliling kita gembira dengan kita seadanya.

sirap 3

Jalan di hadapan rumah Shaf menjadi laluan murid sekolah merentas desa.

"Niat post video tu dekat TikTok sebab nak share perkara kecil yang kami buat untuk gembirakan orang lebih-lebih lagi budak-budak dan nak buat kenangan untuk anak-anak kami dengan kawan-kawan.

"Semoga dapat mencetuskan kebaikan walaupun kecil dekat orang lain," akhirinya.

Untuk rekod, video yang dikongsikan oleh Shaf di TikTok meraih lebih 250,000 jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain