BARANG permainan atau gula-gula pelbagai bentuk dan warna yang tersusun rapi di kedai pastinya menarik perhatian kanak-kanak. Apabila dibiarkan tanpa kawalan, anak-anak kecil yang masuk ke premis pasti akan ligat untuk mencuba apa sahaja yang boleh dicapai mereka. Tambahan pula jika si ibu leka mencari barang yang ingin dibeli dan tidak memberi sepenuh perhatian kepada tindak tanduk anak masing-masing. Mainan lolipop yang dijilat kanak-kanak terbabit. Seperti insiden yang berlaku di sebuah kedai coklat di Kota Warisan, Sepang, Selangor baru-baru ini, seorang kanak-kanak didapati telah mencuba lolipop pada pistol mainan yang dipamer untuk jualan. Namun, apa yang tidak sepatutnya berlaku apabila ibu kepada kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan dakwaan peniaga selain menafikan ia dilakukan oleh anaknya. "Maaf kak, anak akak dah jilat lolipop tu," ujar peniaga. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bagaimanapun wanita itu menafikannya kerana tidak melihat gula-gula yang dinyatakan. Apabila ditunjukkan, dia kemudian menjadikan alasan anaknya yang usianya masih muda untuk tidak membayar harga gula-gula tersebut. "Alaaa, budak-budak biasalah... tak kena pun tu ada plastik," katanya kepada penjual. Dia kemudian terus berlalu pergi tanpa membayar ganti rugi kerosakan yang disebabkan anaknya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Koyak kotak ‘lipmatte’, tuang ‘nail polish’ atas rak... Netizen panas hati tengok budak perempuan buat onar dalam kedai kosmetik ARTIKEL BERKAITAN: Ini kedai mainan, bukan taska! Peniaga panas hati ibu bapa biar anak-anak main tanpa kawalan... Rosak tak mahu ganti! Seperti biasa, barang yang telah dicuba akan dikategorikan sebagai rosak oleh pihak kedai dan tidak dapat dijual. "Kalau ada barang yang dah kena jilat, nak beli untuk anak sendiri? "Mohon ibu bapa jadilah parents yang bertanggungjawab. Kesalahan anak, ibu bapa kena betulkan," luahnya menerusi video di media sosial. Saya peniaga mainan... sudah bersepah anak dia main, dia boleh angkat anak dan pergi macam tu saja. WARGA MAYA Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya. Tindakan wanita tersebut dianggap tidak bertanggungjawab kerana enggan membayar ganti rugi gula-gula berpunca daripada anaknya. "Kawan saya pernah kena macam ni, tapi dia tak diamkan. Dia cakap kuat-kuat masa orang tu nak keluar supaya orang lain dengar... baru dia ada malu sikit. Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan sikap wanita terbabit. "Anak aku pernah ambil lolipop ais krim dekat kedai, dah siap masuk mulut... aku bayar. "Pernah terjadi, nak bayar anak dia pegang mainan kemudian dia nak ambil tapi mainan terjatuh. Mainan jadi rosak, dia boleh cakap 'kejap nak tukar'. "Sebab dia budak la kita cakap kat mak dia, mak dia kena tanggungjawab," ujar beberapa warga maya. Turut meninggalkan komen adalah peniaga barang mainan. Menurutnya, dia sentiasa mengalami kerugian disebabkan kanak-kanak mencuba barang permainan yang dipamerkan sehingga rosak. Paling menyedihkan apabila ibu atau bapa hanya berlalu pergi selepas mengambil anak mereka tanpa membeli atau membayar ganti rugi. "Saya peniaga mainan... sudah bersepah anak dia main, dia boleh angkat anak dan pergi macam tu saja," adunya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube