suria

Jejaka penunggang kuda munculkan diri, terkejut jadi ‘modal’ fantasi seks... Perjelas gerakan tubuh meliuk bukan dibuat-buat

Hakimi akui terkejut dengan penerimaan segelintir pihak tentang video dia menunggang kuda.

SEJAK beberapa hari lalu seorang lelaki penunggang kuda menjadi buah mulut netizen gara-gara sebuah video yang tular di media sosial.

Semuanya gara-gara aksinya yang sedang menunggang kuda menjadi 'modal' segelintir wanita berfantasi seks.

Hakimi mula berjinak dalam bidang ekuestrian dari bangku sekolah menengah.

Hakimi mula berjinak dalam bidang ekuestrian dari bangku sekolah menengah.

Bagaimanapun dia enggan mengambil serius tentang hal itu kerana menganggap warga maya tidak mengetahui prinsip dan teknik menunggang kuda yang sebenar.

"Saya tak jangka akan dapat komen seperti itu... dan saya tak baca semua komen yang ditinggalkan warga maya," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Selain menjadi mangsa 'gangguan seksual', Hakimi juga tidak terkecuali daripada kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hai, saya kuda” - Pemuda rakam gerak tubuh masa menunggang... Ada pula wanita berimaginasi, fikir lucah!

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rancak jual baju, tiba-tiba muncul lelaki tanya saiz bra! Akhirnya dapat malu, wajah terpampang di media sosial

Mana tidaknya, ada beberapa individu mendakwa dia sengaja berkongsi rakaman video yang memaparkan gerakan tubuhnya di atas kuda demi mengundang perhatian ramai.

Tidak melatah, Hakimi menjelaskan sudah menjadi perkara biasa bahawa aktiviti menunggang kuda akan melembutkan pinggang.

Katanya ia bertujuan membantu menyokong pergerakan kuda dalam keadaan berjalan.

"Mungkin orang awam kurang pendedahan dalam sukan ekuestrian serta tidak mengetahui cara menunggang mengikut principle riding yang betul," jelasnya.

Mungkin orang awam kurang pendedahan dalam sukan ekuestrian.

MUHAMMAD HAKIMI

Berkongsi perihal diri, anak jati Selangor ini merupakan seorang penunggang profesional dalam sukan ekuestrian.

"Saya berpengalaman tiga tahun dalam bidang ekuestrian sebagai profesional... namun sudah mula dengan aktiviti ini sejak di bangku sekolah menengah.

"Malah saya telah menyertai pertandingan dressage sebanyak empat kali," katanya yang kini bergelar tenaga pengajar.

Hakimi berpengalaman tiga tahun sebagai profesional ekuestrian.

Hakimi berpengalaman tiga tahun sebagai profesional ekuestrian.

Dia yang begitu meminati sukan ekuestrian berharap dapat membawa industri tersebut ke peringkat yang lebih tinggi di Malaysia.

Tambahan pula, dia memberi tumpuan kepada latihan kuda, keselamatan penunggang dan keperluan pelesenan sosial bagi mengetahui perkara berkaitan pengendalian kuda.

"Ia bertujuan mengekalkan sukan ini di Malaysia sekali gus menjadi sebahagian daripada negara yang bertaraf dunia," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain