suria

Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

Rata-rata menganggap mengaitkan Gen Z dengan perspektif buruk dan negatif, atau dalam erti kata lain, 'banyak lemak'. -Gambar hiasan

GENERASI Z atau Gen Z rata-ratanya ketika kini mula meneroka dunia pekerjaan.

Mereka yang tergolong dalam kumpulan Gen Z merupakan kumpulan demografi yang dilahirkan antara tahun 1997 dan 2012.

Bagaimanapun, terdapat dalam kalangan kumpulan ini dikaitkan dengan perspektif buruk dan negatif, atau dalam erti kata lain, 'banyak lemak'.

Terbaharu, tular di media sosial seorang individu tampil membuat teguran terbuka kepada golongan Gen Z yang disifatkannya sangat melampau.

"Datang kerja dijemput (disuap). Diajar dengan baik supaya boleh improve. Lepas itu nak blah, ikut suka dia. Budak muda zaman sekarang memang melampau. Kerek. Kuat sentap," demikian teguran yang disuarakannya.

Tambah lelaki berkenaan, berdasarkan pengalamannya sendiri, 'masalah' di tempat kerja kebanyakannya berpunca daripada golongan berkenaan.

gen z 1

Individu yang berada di alam pekerjaan wajar mempamerkan karakter yang matang. -Gambar hiasan

"Bukan sekali dua. Banyak kali dah aku hadap dengan perangai bukan-bukan pemilik IC tahun 2000 ke atas.

"Yang lahir tahun 90an. Boleh hadap lagi. Ramai jadi elok dan fikiran tak tunggang langgang sangat.

"Siap ada rezeki aku dapat berpartner dalam syarikat bersama mereka. Boleh kata kerja mereka memang cekap tanpa supervise detail," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cuti atas alasan nak healing sebab gaduh dengan GF, betul ke Gen Z lemah? - “Nak minta AL dengan bos pun takut”

ARTIKEL BERKAITAN: Gen Z ‘lapar’ perhatian, termuntah-muntah makan makanan kucing... Letak ‘wet food’ atas roti, kapit macam sandwich!

Katanya lagi, teguran berkenaan adalah pandangan peribadi dan dirasakan perlu agar generasi berkenaan dapat memperbaiki sikap serta mentaliti lebih-lebih lagi apabila sudah berada di alam pekerjaan.

"Betul sekarang kami kata mereka. Waktu mereka nanti akan kata generasi masa depan. Cycle (kitaran) takkan habis. Cuma aku meluahkan apa yang sedang dihadapi sekarang. Sebagai bapa, majikan, pengurusan senior.

Kita dah tutup tahi dia orang ni sebab nak jaga nama dia depan management. Kita yang jaga dia pula yang kena tahi.

NETIZEN

"Sebab aku dan rakan sebaya hidup dalam cycle di mana teknologi berkembang dengan sangat laju. Fokus sukar dicipta dan terlalu banyak distraction.

"Aku tetap teguh dengan pendirian ini. Mampuslah korang nak cakap apa," tegasnya.

Ciapan individu tersebut sehingga kini meraih lebih 1,900 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen, sebahagian daripada warga maya turut bersetuju dengan pandangannya malah berkongsi pengalaman dengan Gen Z di tempat kerja masing-masing.

komen gen z

Sebahagian komen netizen terhadap pandangan yang disuarakan individu berkenaan.

"Dah tahu kerja komputer makmal kena bawa balik buat dekat bilik tiga hari cuti, dia tak simpan dalam pemacu USB atau storan awan. Bila ditanya, 'pensyarah tak cakap pun kena simpan dalam pendrive'. Geram betul.

"Pernah tegur sebab salah key-in data padahal dah banyak kali ajar, itu pun aku tegur by WhatsApp. Lepas tu kena sindir by WhatsApp status dan seminggu kemudian resign. Lemah!

"Suap itu wajib. Semua perlu disuap. Hidup penuh dengan emosi... tak boleh ditegur walaupun cara baik teguran. Kita dah tutup tahi dia orang ni sebab nak jaga nama dia depan management. Kita yang jaga dia pula yang kena tahi," demikian antara komen netizen.

Namun dalam pada itu, ada yang berpandangan bahawa tidak adil untuk 'memukul rata' kerana berpandangan hanya sebahagian sahaja Gen Z yang berperangai sedemikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain