TEMPAT duduk di dalam pesawat datang dengan kelebihan berbeza-beza. Bagi mereka yang sedia maklum tentunya faham harga bagi setiap kedudukan juga berbeza mengikut beberapa faktor seperti lokasi di tepi tingkap, ruang kaki lebih luas mahupun berada di lorong selesa yang memudahkan seseorang itu ke tandas. Namun baru-baru ini seorang lelaki berkongsi pengalamannya apabila tempat duduk yang ditempahnya 'dirampas' oleh seorang penumpang tanpa izin. Setiap penumpang di dalam kabin harus berada di tempat duduk yang ditetapkan. -Gambar hiasan Melalui perkongsian di Twitter, Andi Azhar mengatakan pemilihan tempat duduk untuk penerbangannya itu mengikut kriteria yang diingininya. "Kejadian berlaku pada Jumaat iaitu 23 Jun ketika penerbangan saya dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur. "Saya sangat suka tempat duduk di tepi tingkap sebab dapat tengok pemandangan luar. Penerbangan yang saya naik waktu tu pagi, jadi view mesti lagi cantik. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meragam dalam flight, ibu menangis ditengking pakcik tua - “Selalu saya kuat, masa tu jadi terpaling lemah” ARTIKEL BERKAITAN: “Dengan atok, buat muka kesian terus dapat” - Takutkan ibu garang, anak guna ‘taktik tidur’ selepas dikesan main handphone datuk "Tempat duduk yang saya dah tempah adalah 7F. Tiba-tiba saya nampak ada seorang kanak-kanak perempuan dah duduk di tempat saya. Ibu bapa dia duduk berhampiran di 7D dan 7E. "Saya panggil pramugari untuk tolong tengokkan. Apabila tiket penerbangan mereka ditunjukkan, rupanya anak mereka sepatutnya duduk di seat 8C," cerita Andi Azhar kepada mStar. Sejurus selepas itu, bapa kepada anak kecil berkenaan tampil untuk meminta timbang rasa daripada Andi Azhar sekiranya tempat duduk tersebut boleh ditukar suka sama suka. Kita kena berani pertahankan apa yang kita punya, jangan mudah mengalah... nanti kita juga yang makan hati. ANDI AZHAR "Saya berkeras yang saya mahu hak saya. Kita tidak sepatutnya berasa serba salah untuk cakap tidak. Pramugari tu dah terdiam. "Kemudian ayah dia tanya do you mind to change, saya terus jawab tidak boleh, saya beli seat tu, saya nak duduk di situ. Saya beli ekstra slot bagasi supaya dapat pilih seat. "Saya nampak mak dan budak perempuan tu dah tak gembira, ayah dia masih okay. Saya tidak kisah, bukan salah saya yang awak tidak plan kedudukan dalam flight dengan cermat. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kita kena berani pertahankan apa yang kita punya, jangan mudah mengalah. Nanti kita juga yang makan hati. Selepas dah bertegas untuk cakap tidak, boleh minta maaf sebab itu merupakan adab kita," jelas Andi Azhar. Menurut Andi Azhar, dia bersyukur si bapa yang merupakan warganegara Malaysia memberikan kerjasama dengan permintaannya itu. "Alhamdulillah saya dapat duduk di seat yang sepatutnya. Kalau anda dalam situasi sama tapi individu itu bertindak agresif, anak kapal sepatutnya boleh halau mereka keluar dari pesawat. "Dan kita boleh minta pampasan ganti rugi 10 kali ganda untuk bayaran tiket dan tempat duduk," kata Andi Azhar menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!