suria

Graduan meratap nasib tak dapat kerja best, letih tugas di kedai serbaneka - “Ini normal dik, ramai dah lalui”

Pemuda ini meluahkan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang diingini meskipun ada ijazah.

KEBANYAKAN graduan pastinya mengharapkan pekerjaan dan sumber pendapatan yang bersesuaian dengan taraf pengajian yang dimiliki.

Namun realitinya, hanya sebilangan sahaja yang berjaya menempatkan diri dalam bidang yang diceburi.

Berdepan dengan situasi seumpamanya, seorang pemuda meluahkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan.

Sukar mencari pekerjaan membuatkan kebanyakan graduan baharu menjadi tertekan. -Gambar hiasan

Sukar mencari pekerjaan membuatkan kebanyakan graduan tertekan. -Gambar hiasan

Dia juga sering mempersoalkan apakah kesilapan yang dilakukan sehingga sukar mendapat pekerjaan.

Sedangkan dia sudah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian.

Malah disebabkan itu, dia terpaksa bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun cari kerja, pergi banyak temuduga... satu pun tak berjaya! Anak Selangor di Sarawak harap ada sinar di hujung jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

"Masa belajar aku perform tapi aku silap... perkara tu tak menjamin pun kau akan dapat kerja.

"Baru habis degree tapi kerja FM. Cuti pun satu hari seminggu, kadang syif pagi atau closing," luahnya yang merupakan graduan baharu.

Pemuda ini berkata, kerja yang dilakukannya pada masa ini meletihkan kerana perlu melakukan pelbagai tugasan setiap hari.

Setiap kali jumpa saudara mara mesti akan tanya bab kerja 'tak dapat lagi atau tak try minta itu ini'.

WARGA MAYA

Dia juga mengakui rasa cemburu dengan rakan-rakan sebaya yang berjaya mendapatkan pekerjaan setaraf pendidikan.

"Penat tu jangan cakap... kadang-kadang cemburu dengan kawan-kawan degree atau diploma, mereka dapat kerja yang best.

"Tapi aku? Sudah usaha apply banyak kat Jobstreet, Jorajobs, Indeed, Linkedin tapi silap aku kat mana," katanya lagi.

Rata-rata warga maya memberi nasihat kepadanya.

Rata-rata warga maya memberi nasihat kepadanya.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata warga maya cuba memberikan kata-kata semangat dan nasihat.

Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan syarat yang ditetapkan syarikat kerana kebanyakannya memerlukan pekerja yang mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman.

"Muda lagi... mohon SPA8i (Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dik... mohon juga perguruan atau unit uniform. Gunakan peluang masa muda ni mohon kerja kerajaan, mana tahu rezeki.

Pelbagai tugasan perlu dilakukan apabila bakerja di kedai serbaneka. -Gambar hiasan

Pelbagai tugasan perlu dilakukan apabila bakerja di kedai serbaneka. -Gambar hiasan

"Requirement mesti nak pengalaman satu tahun paling minima... susahlah graduan baharu nak masuk, jadi jalannya pergi ke protege, mystep (Program Jangka Pendek) dahulu.

"Semoga dipermudahkan urusan, nasib kita sama tapi saya bahagian IT... tak penat sangat.

"Mohon SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) dik, sis pun 14 tahun mencari kerja. Baru dapat tetap, semua kerja sis buat," ujar beberapa warga maya.

Beberapa pelayar lagi turut meluahkan nasib yang sama dan berkongsi pengalaman.

"Setiap kali jumpa saudara mara mesti akan tanya bab kerja 'tak dapat lagi atau tak try minta itu ini'.

"Saya macam ni dulu, kerja kedai makan untuk dua tahun... tolong jangan bandingkan diri awak sebab it wont make you better dan lebih stress.

"Akak macam awak, kerja kedai roti sampai bengkak kaki. Kadang kerja 7.30 pagi sehingga 10 malam, tak payah cakap penat.

"Perkara normal tu, ramai yang melaluinya," kata beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain