HIDUP berjiran memerlukan kesefahaman dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan penghuninya bermasam muka sesama sendiri. Namun kadang kala terdapat individu yang mempunyai pelbagai ragam sehingga menyusahkan orang sekeliling. Seperti diluahkan wanita bernama Azie Ramly, dia dan suami berada dalam dilema kerana mendakwa sering diganggu jiran yang merupakan warga emas. Apa yang menghairankan, warga emas berkenaan bersikap ramah dan bersembang dengannya ketika dia datang untuk melihat dan membasuh rumah sebelum berpindah masuk. Hidup berjiran memerlukan penduduk setempat saling bertoleransi antara satu sama lain. -Gambar hiasan Topik yang menjadi perbualan ketika itu adalah perihal jiran tetangga di kawasan tersebut. "Sebelum pindah rumah ni, makcik ni elok sembang dengan kami tapi dia banyak cerita pasal jiran lain... ada saja yang tak kena. "Kemudian lepas sebulan di sini, makcik beritahu jiran lain yang kami hari-hari buat bising dan mengganggu dia sehingga tidak boleh tidur malam," dakwanya. Bukan sekadar mengadu domba kepada penduduk setempat, jirannya itu turut membuat laporan kepada pihak polis. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Disebabkan itu, tiga minggu lalu, peronda polis datang ke rumahnya. "Polis datang dalam pukul 2 petang sebab katanya terima aduan yang mengatakan kami membuat bising. "Pada masa tu, kami baru balik camping (berkhemah) dan tak sempat nak tidur lagi. "Malam yang dilaporkan itu pula, kami tidak tidur di rumah... jadi waktu bila yang kami berbuat bising," luahnya yang bersyukur kerana tiada tindakan dikenakan. ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat kumpul sampah depan rumah, jiran-jiran ‘report’ tapi sia-sia... Paling sedih bapa naik wheelchair kena pusing jauh ARTIKEL BERKAITAN: Jiran perempuan kaki ‘kepoci’, pantang dengar bunyi pagar terus muncul depan rumah... Siap olok-olok siram pokok nak tengok orang! Meskipun telah didatangi polis, 'gangguan' daripada jiran sebelah rumahnya tidak berhenti begitu sahaja. Dia tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada jam 3 pagi dan ia berlarutan sehingga waktu subuh. "Jam 3 pagi kami terjaga kerana dengar ada orang ketuk pintu, ingatkan jiran sebelah kanan yang tertinggal kunci rumah. "Tapi jam 4 bunyi lagi, jam 5 pun bunyi lagi sampai subuh. Disebabkan tak puas hati, jam 4 pagi tu saya turun bawah untuk periksa dan rekod apa yang dilakukan makcik tu. Selepas dua bulan duduk, makcik ni cakap kami pula yang bising. AZIE RAMLY "Memang terkejut tengok dia membebel bukan-bukan 'kau orang mau mati, saya orang tua tak takut mati'. Tanpa berlengah, saya terus ceritakan kepada suami," katanya yang kemudian menghubungi polis. Dalam jam 7 pagi, polis datang dan menegur makcik tersebut namun dia meminta Azie dan suami berpindah keluar. Ketika dihubungi mStar, Azie memaklumkan dia telah membeli rumah pertamanya itu pada tahun lepas. "Sebenarnya tahun lepas kami lulus loan untuk rumah dekat Templer Park Rawang. Selepas selesai sign semua sekali pemilik bankrap. Antara reaksi warga maya pada video perkongsiannya. "Bank tak boleh nak release duit. Jadi kami dapat balik duit 10 peratus dan terus ambil keputusan cari rumah lain," ujarnya. Selepas melihat beberapa buah rumah, dia dan suami berkenan dengan lokasi kediaman yang dihuni mereka sekarang yang terletak di Rawang, Selangor. Katanya, ia disebabkan faktor pegangan bebas dan mudah diuruskan. "Sekali sahaja kami pergi tengok kemudian terus buat keputusan untuk beli. Lagipun kawasan ni rasa macam tenang dan santai. "Sebelum beli, kami dah tanya ejen pasal jiran... dia cakap semua okay dan masa sembang dengan makcik ni dia pun tak nampak bermasalah," imbaunya sambil menambah kunci rumah tersebut baru diperoleh Februari lalu. Walaupun lambat mendapat kunci, Azie tidak terus berpindah masuk kerana perlu menambah baik beberapa bahagian di rumah berkenaan. Dia hanya menduduki rumah tersebut selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini. "Masa ni, makcik tu datang lagi bersembang dan bercerita tentang jiran-jiran lain yang selalu buat bising... selepas dua bulan duduk, makcik ni cakap kami pula yang bising," ujarnya yang merupakan kakitangan swasta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!