suria

Tengah panas pun tak kisah! Beratur macam nak tengok konsert, Kieda Crepe pasang pagar besi... Dipuji belajar daripada kesilapan

Kieda terharu dengan sambutan pelanggan di Johor Bahru.

ORANG berpusu-pusu macam nak tengok konsert!

Begitulah gambaran terhadap penangan kuasa viral bagi usahawan dari Pulau Pinang yang sebelum ini sering dilanda kontroversi.

Nampaknya usahawan berkenaan, Siti Nur Khalieda Yusra belajar daripada kesilapan terdahulu yang menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

Terbaharu, pemilik jenama Kieda Crepe itu meneruskan program jelajahnya (tour) ke Johor pada Sabtu, selepas Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.

Bertempat di B5 Johor Street Market di Johor Bahru, pelanggan diminta beratur di laluan yang dipasang pagar besi seperti di kebanyakan lokasi konsert.

Pelanggan teruja dengan kehadiran Kieda.

Walaupun cuaca panas terik dengan kebanyakannya berpayung, ia tidak menghalang keterujaan mereka untuk mendapatkan pencuci mulut dan manisan yang dijual.

Bukan sekadar bersorak teruja dengan kehadiran Kieda Crepe di Johor, malah mereka turut dilihat beratur secara teratur dan sistematik.

Difahamkan ada antara mereka yang sanggup 'berkampung' sejak awal pagi bagi mendapatkan rangkaian manisan dan pencuci mulut jualan Kieda Crepe.

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe bikin orang marah lagi! Buat 'tour' di Shah Alam tapi tak mampu urus... Pelanggan beratur 3 jam kecewa tak dapat beli

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja RM5,000 di pasar raya, tiada staf tolong tolak troli... Kieda mohon maaf 'salah tone suara masa bergurau'

Pemiliknya berkata, dia benar-benar tidak menyangka menerima sambutan di luar jangkaan di Johor Bahru.

"Ada yang datang sejak pukul 1 pagi, duduk dalam kereta. Ada yang datang dari pukul 5 pagi, tidur dalam kereta.

"Kieda tak tahulah, terima kasih banyak yang mana sokong Kieda kat Johor Bahru dan di mana-mana yang Kieda buat (tour) tu terima kasih banyak," katanya dengan nada teruja, menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Sabtu.

Pelanggan beratur dengan teratur.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan bahawa terdapat penambahbaikan daripada segi pengurusan pelanggan yang datang untuk membeli, berbanding lokasi-lokasi terdahulu.

Sebelum ini, hangat di media sosial mengenai salah satu lokasi jelajah usahawan ini mencetuskan kekecohan gara-gara ramai pelanggan tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan pelanggan oleh stafnya.

Elok macam ni sebab teratur dan ada tempat beratur... tak ada lagi orang potong barisan.

NETIZEN

"Dia sudah perbaiki kesilapan. Semoga terus berjaya dan semakin murah rezeki awak Kieda dan team.

"Macam ni memang nampak teratur. Tahniah Kieda dan team. Moga selalu dimurahkan rezeki awak tau.

"Elok macam ni. Sebab teratur ada tempat beratur dah. Tak adalah orang potong barisan," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Segelintirnya turut menyifatkan pemasangan pagar besi untuk kemudahan pelanggan beratur seolah-olah digambarkan seperti peminat muzik mahu menyaksikan persembahan konsert.

"Orang JB memang sporting. JB Style.

"Macam artis. Alhamdulillah rezeki.

"Macam nak masuk tengok konsert la. Bila nak merasa Kieda punya crepe," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain