suria

Miskin tapi anak ramai atas alasan ‘rezeki’, akhirnya rayu gift di TikTok! Lelaki ‘basuh’ mak ayah tak fikir amanah Allah

Ibu bapa mempunyai amanah besar ke atas setiap anak. -Gambar hiasan

SERING dikatakan cahaya mata itu adalah pembawa rezeki, tetapi sejauh manakah kebenarannya dalam dunia hari ini?

Demikianlah apa yang dibicarakan lelaki ini apabila dia mempersoalkan rasional di sebalik ibu bapa yang mempunyai ramai anak tetapi culas untuk menampung kos membesarkan mereka.

Persoalan itu dicetuskannya susulan tular satu tangkap layar memaparkan individu dipercayai seorang ibu sedang 'mengemis gift' di platform TikTok dengan alasan untuk membiayai keperluan anaknya.

Live meminta bantuan di TikTok.

"Salam, maaf, saya nak minta tolong, boleh tak bantu saya dapat satu 'gift' bunga rose. Saya perlu sangat untuk beli susu dan juga lampin pakai buang anak.

"Harap ada yang berkongsi sedikit 'gift', terima kasih semua," tulis wanita tersebut melalui live di akaun TikTok dengan penonton seramai 150 orang pada ketika itu.

Sekuntum bunga ros di TikTok dianggarkan menyamai nilai RM0.04 dan merupakan bentuk pemberian 'gift' termurah dalam platform berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita enggan beri anak kepada kakak ipar mandul akhirnya dicerai suami 'anak mak' - “Dia tak ada zuriat, aku yang kena”

ARTIKEL BERKAITAN: Murid darjah 3 menangis diejek miskin, malu dihina rakan... Rupanya bukan kali pertama - “Tak apa cikgu, saya dah biasa kena”

Dapat diperhatikan di ruangan komen live TikTok itu, sebahagian penonton bermurah hati menghadiahkan beberapa kuntum bunga ros kepada wanita berkenaan.

Mengulas isu tersebut, lelaki itu mengemukakan hujahnya dengan mengatakan anak itu adalah amanah.

"Bagi aku, anak tu lebih kepada amanah berbanding rezeki. Kena ingat ya, tak berdosa kalau tak ada anak atau kurang anak, tapi berdosa kalau gagal didik anak walaupun anak tu seorang sahaja.

"Orang Melayu kita ni duduk fikir anak ni rezeki bagai. Mungkin masa sekolah ustaz atau ustazah tak ajar kot.

Anak itu amanah, bukan plan persaraan untuk hari tua.

WARGA MAYA

"Rezeki anak-anak datang melalui kita, bukannya rezeki kita datang melalui anak," tegas lelaki tersebut tentang perbezaan antara rezeki dan amanah.

Menurut lelaki itu lagi, tidak wajar menggunakan anak sebagai 'alat' untuk meraih simpati.

"Saya pernah dengar, ada yang kata kita menumpang rezeki anak. Masalahnya, orang kita kebanyakannya 'menunggang' anak-anak cari rezeki.

"Siap ada yang sokong lagi mereka hidup meminta-minta ni, sedangkan Nabi Muhammad sendiri pun tak galakkan amalan macam ni.

Sebahagian komen warga maya.

"Tak faham aku dengan mentaliti orang Melayu kita," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong apa yang dibahaskan lelaki itu.

"Anak itu amanah, bukan plan persaraan untuk hari tua. Ni lagi satu orang salah faham. Bagi saya lebih baik kualiti dari kuantiti.

"Ramai anak tapi semua pelajaran kelaut, tak beradab, jadi penyangak, susah juga tu kita nak menjawab di kemudian hari.

"Contoh paling mudah ada di Bangladesh atau Rohingya. Setiap kali solat Jumaat, berderet bawa anak-anak datang minta sedekah.

"Ini ke budaya anak 'pembawa rezeki' yang orang Melayu kita nak berpegang sangat," komen beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain