VIDEO memaparkan penyampai berita Molek FM Puteri Haideera dan sepupunya yang sedang healing (menenangkan jiwa) di tengah Laut Andaman mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Di sebalik panorama yang memukau, ramai turut meluahkan rasa bimbang akan keselamatan mereka yang dilihat sedang bersantai di atas paddle board masing-masing. "Seram pula aku tengok pokok tenggelam dalam air. Rasa macam tinggi sangat air tu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kalau aku pengsan dulu sebelum healing, seram tengok air dalam sangat. "Dalam otak aku, buaya, ular, ombak kuat, kilat, guruh," tulis beberapa netizen. Bercakap kepada mStar, Puteri, 25, berkata dia dan sepupunya menaiki bot ke sebuah villa tengah laut sebelum mendayung ke lokasi berkenaan dengan menggunakan paddle board, pada Sabtu. 20 minit kami stranded di situ. Nak patah balik duduk dalam gua pun bahaya. PUTERI HAIDEERA "Misi untuk healing tu bukanlah sebab putus cinta. Saya dapat tawaran sambung PhD. Saya tengah kerja, tak tahu nak buat pilihan. Jadi saya hubungi sepupu yang duduk Langkawi untuk healing di sana. "Sepupu saya ada buat villa terapung, ia dah siap tapi bulan Ogos nanti baru beroperasi. Kami naik bot dari tepi pantai di Tanjung Rhu ke villa itu. Kemudian dari villa, baru kami naik paddle board. "Kami mendayung ke kawasan gua-gua kecil. Kebetulan masa tu ribut. Nak patah balik ke villa dah tak sempat. Jadi kami pergi ke kawasan pokok di tengah laut. Ia memang pokok semata-mata, bukannya pulau," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa bot karam 30 jam tengah laut cerita detik cemas... dikelilingi ikan sebesar bas, dengar suara azan ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya dapat jejak ‘pantai viral’, terbangkan dron! Pemuda bimbang ramai buang sampah, indah cuma sementara Menurut Puteri, mereka berempat memilih untuk berteduh di kawasan pokok itu sementara menanti ribut berhenti. Tambahnya, dia juga sempat menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan lokasinya ketika terperangkap di kawasan pokok berkenaan. "20 minit kami stranded di situ. Nak patah balik duduk dalam gua pun bahaya. Jadi kami duduk dekat pokok bakau air tu. Kami semua memang basah kena hujan. Video yang dikongsi Puteri meraih ratusan ribu tontonan di aplikasi TikTok. "Alang-alang stranded, saya healing kat situ. Pada masa yang sama, ia mengajar kami tentang survival. Bila dah ribut, kami kena pilih nak duduk gua atau pokok. Kena pandai buat keputusan. "Ketika terperangkap di sana, kami juga hubungi keluarga yang sedang menanti di villa. Selepas cuaca dah okay, kami baru bergerak ke villa," ceritanya lagi. Mengulas komen yang mempertikaikan keselamatannya pada waktu itu, Puteri berkata kehadiran dia dan sepupunya ke kawasan tengah laut turut diiringi individu berpengalaman. Villa terapung milik sepupu Puteri yang bakal dibuka tidak lama lagi. "Bersama kami ada orang guide, bukan memandai pergi atau terus masuk macam tu je. Kami juga dah pernah mendayung ke kawasan gua tu sebelum ini. "Tempat tu pun selamat. Ada orang komen, kata ada ular kat pokok. Kami memang tengok dulu sebelum masuk ke kwasan pokok, sebelum masuk baca Bismillah," ujarnya lagi. Ketika melakukan aktiviti itu, Puteri berkata dia dan sepupunya turut mengutip sampah yang ditemui di kawasan laut. Sehingga kini, video yang dikongsi Puteri meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!