suria

“Sis basuh kencing tonyoh dengan getah paip?” - Netizen tempelak wanita gelabah rekod video jumpa skru dalam ‘hose’ tandas awam

Seorang wanita terkejut dengan satu penemuan di dalam tandas awam dekat sebuah stesen minyak.

JIKA anda berada dalam perjalanan di jalan raya dan tiba-tiba mahu membuang air, pastinya stesen minyak terlintas di fikiran.

Maka tidak hairanlah mereka yang singgah di stesen minyak bukan sekadar mahu mengisi petrol atau diesel, tetapi juga antaranya mahu menggunakan tandas awam.

Namun baru-baru ini seorang wanita terkejut selepas mendapati sebatang skru tajam dimasukkan di bahagian hujung getah paip di sebuah tandas dekat stesen minyak.

Skru tajam yang dikesan dalam getah paip.

Dia kemudian berkongsi tentang penemuan itu di aplikasi TikTok hingga meraih lebih setengah juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat nak berak terbantut, pemuda loya nampak lampin terpakai atas kepala... Pelik wujud spesis bapa-bapa pengotor!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah kantoi baru mengaku gaya manja! Abang lori dedah ‘pemburu lato-lato’ suka skodeng tandas awam, bawa tisu tutup lubang

"Memang mereka sengaja buat macam ni ke? Ya Allah. Bahaya tahu tak? Memang ada sesetengah stesen minyak buat macam ni ke?

"Dibuatnya yang rushing menahan kencing baru jumpa tandas, tak naya ke?" katanya yang mempersoalkan tujuan skru itu dimasukkan dalam paip berkenaan.

Menurut wanita itu lagi, dia cuba untuk mengeluarkan skru tersebut tetapi gagal.

"Cuba tarik skru tadi tapi memang sangkut," ujarnya lagi.

Kita nak air je, bukannya air tak boleh keluar kalau benda tu ada kat situ.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berteka-teki tentang keperluan skru berkenaan pada hujung paip getah.

Ramai juga berpendapat skru berkenaan sebenarnya digunakan untuk menyangkut paip di dinding namun tercabut daripada tempat asalnya.

Antara komen netizen.

Dalam masa sama netizen turut mempertikaikan tentang kebimbangan melampau individu yang berkongsi video berkenaan apabila dia membangkitkan isu bahaya ketika menggunakan paip.

"Memang basuh kencing tonyoh getah paip kat situ (kemaluan) ke?

"Takkan paip itu masuk dalam saluran air kencing pula untuk membersihkannya?

"Sis basuh tenyeh dekat tut tut (kemaluan) ke? Saya basuh pun berjarak sebab kebanyakan (tekanan) air paip di stesen minyak kuat," demikian antara komen netizen.

Segelintir netizen turut berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan tentang skru dan paip itu.

"Kalau memang tak tahan sangat, masuk tandas tu kencing jelah, berak jelah dulu. Bukannya masuk tandas terus buka air.

"Benda (skru) ada atau tidak, ia tak membahayakan pun. Kita nak air je, bukannya air tak boleh keluar kalau benda tu ada kat situ," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain