suria

“Penat juga jadi perempuan ni” - Insiden di lif buat lelaki tersentuh hati, baru sedar cabaran jadi wanita

Wanita terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam kehidupan harian mereka. -Gambar hiasan Japan Today

WANITA hari ini sering 'menjenamakan' diri mereka sebagai insan yang kuat dan mampu berdikari.

Bagaimanapun, kaum Hawa pada fitrahnya memerlukan sistem sokongan yang kukuh untuk membimbing dan melindungi mereka.

Begitulah apa yang dapat disimpulkan lelaki ini melalui pemerhatiannya ke atas gerak-geri dan personaliti seorang wanita yang ditemuinya.

Ciapan asal di Twitter.

Melalui satu perkongsian di Twitter, lelaki itu berkata dia berasa simpati dengan liku-liku yang perlu dihadapi rata-rata wanita.

"Tadi balik kerja rasa penat. Rumah aku di tingkat dua dan aku parking kereta di tingkat satu. Aku tunggu lif dan di depan aku ada seorang perempuan yang aku tidak kenali.

"Nampak dia macam penat. Lagi kesian, apabila lif dibuka, semua lelaki dalam tu. Dia tak berani masuk. Aku sebagai lelaki teruskan masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpesona janji ‘bulan bintang’, akhirnya derita! Siapa nak kahwin lelaki asing sila ‘pegang’ 5 nasihat wanita ini

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang... Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

"Ia buat aku terfikir. Penat juga jadi perempuan ni. Rasa kesian tu datang menjelma," kata lelaki itu bermain dengan mindanya.

Berdasarkan pemerhatiannya lelaki itu berpendapat, adalah rasional mengapa wanita harus mempunyai pasangan untuk melengkapkan hidup mereka.

"Sebab itu la perempuan suka ada life partner. Tak perlu fikir pasal nak memandu. Tak perlu fikir pasal nak parkir kereta dekat mana. Tak perlu berwaspada dengan keadaan sekeliling sebab ada lelaki untuk lindungi mereka.

Susah nak jadi bebas apabila diri anda seorang wanita.

WARGA MAYA

"Ye la, kot-kot ada orang jahat duduk mengikut. Tenang saja hidup dan tak penat apabila ada pasangan.

"Tapi itulah, dimanjakan sampai tanya makan mana pun tak boleh tolong fikirkan. Lagi kena hati-hati mana tahu pasangan sendiri 'otak kotor'," kata lelaki itu sempat berseloroh.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut berkongsi cabaran yang dihadapi mereka sebagai seorang wanita.

"Saya pernah sekali balik kerja pukul 12 tengah malam waktu tu. Ada sekumpulan lelaki warga asing tengah tunggu lif dan saya baru je sampai belakang mereka.

"Lif tu terbuka, mereka suruh saya masuk dulu. Mereka kata mereka tunggu lif seterusnya. Waktu tu dah rasa takut sangat dengan mereka, saya dah keluarkan kunci nak pertahankan diri kalau apa-apa jadi.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kadang tu warga asing lagi gentleman dari orang tempatan kita. Memang respect dekat warga asing yang awak jumpa tu," kata sebahagian warga maya.

Warga maya lain pula mengakui sebagai wanita mereka sering diselubungi rasa takut kerana risau akan keselamatan diri.

"Jadi perempuan ni tak mudah ya. Kalau balik kerja lewat malam, memang risau apabila nak balik ke kereta. Bukan takut hantu tapi takut orang jahat.

"Nak makan seorang diri pun tak senang. Tengah makan, tiba-tiba ada pakcik datang duduk meja depan ni sebab nak 'usha', meja lain banyak lagi kosong, nak juga duduk depan aku.

"Nak berjalan dekat tempat yang ramai lelaki pun seram, risau jadi 'santapan' mata mereka. Susah nak jadi bebas apabila diri anda seorang wanita," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain