suria

Masa belajar dah pandai bawa balik jantan, siap tidur sebilik... Rakan serumah naik rimas, netizen cadang rancang tangkap basah!

Segelintir gadis zaman kini tidak segan-silu membawa teman lelaki pulang ke rumah. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi kelaziman bagi golongan pelajar ataupun mereka yang masih bujang menyewa sebuah rumah beramai-ramai untuk menjimatkan kos.

Bagaimanapun tinggal serumah dengan rakan-rakan sudah pasti ada pro dan kontranya.

Daripada sudut positif, kadar sewaan bagi setiap orang akan rendah kerana dibahagikan mengikut bilangan penghuni.

Namun memandang ke sudut negatif pula, tidak semua penghuni atau housemate mempunyai perangai 'sekepala', tidak berkira, saling menghormati dan bertolak ansur.

Dalam satu perkongsian oleh seorang gadis di media sosial, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang gemar membawa pulang teman lelaki.

housemate 1

Luahan yang dikongsikan individu berkenaan di laman sosial.

"Kami gadis, tinggal rumah sewa dekat kondominium sekitar Kuala Lumpur. Seorang housemate ni selalu sangat bawa boyfriend masuk rumah.

"Kadang-kadang, malam pukul 11 tengah buat assignment, dia datang cakap 'boyfriend aku nak masuk rumah kejap tau'.

"Kemudian kami pula yang kena angkat barang masuk dalam bilik buat kerja," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam

ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat rakan serumah kedekut, TV tak bagi tengok... mulut pun boleh tahan! - “Andai dapat kerja pangkat lebih tinggi, aku takkan berkira sedemikian rupa”

Lebih membuatkan gadis ini dan penghuni serumah lain kurang selesa, rakannya itu tidak segan silu 'menumpangkan' kekasihnya untuk bermalam di rumah sewaan mereka.

Bukan sahaja mengganggu privasi, namun gadis ini kesal kerana rakannya itu seolah-olah tidak menghormati batas aurat penghuni lain apabila membawa seseorang yang bukan mahram masuk ke rumah.

"Selalunya kekasihnya memang tidur dalam bilik dengan dia, pagi esok baru keluar rumah balik. Satu hari ni, saya bangun pagi nak mandi.

"Keluar je dari bilik, dengar suara dia dengan kekasih tengah borak-borak kat dapur. Lepas itu tahu pula gelabah konon nak 'lindungi' aurat saya.

"Dia memang langsung tak kisah pasal privacy dan aurat kami, asalkan boyfriend dia dapat masuk rumah. Bayangkan bayar sewa mahal tapi kena kongsi rumah dengan lelaki stranger. Bodoh," luahnya lagi.

Tengok balik agreement, biasanya ada mention tak boleh buat perkara sedemikian. Jika langgar agreement, dia kena kick keluar.

NETIZEN

Bukan tidak pernah bersuara atau menasihatkan rakan serumahnya itu, namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

"Kami students dan tak tahu sangat kalau ada kes-kes macam ni. Please suggest macam mana nak report atau buat sesuatu," ujarnya meminta pandangan warga maya.

Luahan tersebut dikongsikan menerusi akaun Twitter @ibjela dan sehingga kini meraih lebih 2,000 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib gadis tersebut dengan rakan-rakan serumahnya.

Mereka turut tampil dengan pelbagai cadangan untuk membantu gadis berkenaan menyelesaikan masalah tersebut.

komen housemate

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Pakat dengan kawan-kawan, semua keluar rumah kejap, lepas itu telefon pejabat agama cakap ada pasangan berdua-duaan berlainan jantina dekat rumah.

"Beritahu tuan rumah dan tengok balik agreement, biasanya ada mention tak boleh buat perkara sedemikian. Jika langgar agreement, dia kena kick keluar.

"Tukar kunci mangga baru biar dia tak boleh masuk rumah. Barang-barang semua letak luar. Takpun suruh dia keluar cari rumah lain untuk dia berkesedudukan dengan boyfriend dia.

"Anda semua perlukan housemate yang tegas macam Inspektor Shiela," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain