DITELAN mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang sedang dilalui oleh pemuda ini apabila abangnya memohon pertolongan kerana mahu membeli sebuah kereta baharu. Bukan enggan membantu adik-beradik sendiri, namun pemuda tersebut berkata dia sekadar mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu akhirnya 'terjerat' dengan masalah di kemudian hari. "Aku berumur 21 tahun, kerja biasa gaji biasa, cuma ada motor je. Tadi abang aku call, dia minta tolong aku jadi guarantor untuk beli kereta sebab aku dah cukup syarat untuk jadi guarantor. Banyak kes melibatkan isu yang sama berakhir dengan pergaduhan adik beradik. -Gambar hiasan "Aku tak nak, sebab tahu banyak sangat kes guarantor ni kena cari oleh bank sebab orang tak bayar hutang, tapi aku tak reti macam mana nak cakap 'tak nak'. "Sebab pertamanya dia abang aku, keduanya, aku dah banyak terhutang budi kot," luahnya. Menurut pemuda berkenaan, dia berada dalam situasi serba salah sama ada mahu bersikap pentingkan diri ataupun 'mengorbankan' diri sendiri demi membalas jasa abangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Surat hutang Mara kejutkan keluarga! ‘Kejar’ arwah bapa sebab jadi penjamin, peminjam 1 sen pun tak pernah bayar ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangkan kakak, tak peduli kedai motor ‘kejar’ isteri... Wanita ini menyesal jadi penjamin, sengsara dapat ipar liat bayar hutang! "Dia abang aku, aku tahu perangai dia macam mana kalau bab duit, hutang dan loan ni... faham-fahamlah. "Jadi sekarang ni macam mana? Aku buntu. Kalau pun aku nak tolong dia jadi guarantor, ada ke apa-apa cara aku boleh buat, macam buat hitam putih (surat bertulis) ke? "Tak nak la masa depan nanti aku kena tanggung hutang orang lain. Aku pun berangan nak ada kereta sendiri, guna nama sendiri juga nanti," katanya. Luahan pemuda tersebut kemudian dikongsikan di laman Twitter @pedoqpop bagi memohon pandangan warga maya. Keluarga aku banyak bergaduh pasal kes jadi penjamin. Sampai sekarang sesiapa minta pinjam duit, aku tak bagi. Apatah lagi jadi penjamin. NETIZEN Bagaimanapun majoriti daripada netizen menyarankan agar pemuda berkenaan menolak untuk menjadi penjamin sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku pada masa depan. Malah, ramai juga yang berkongsi kisah berdasarkan pengalaman masing-masing yang merana pada akhirnya, akibat terlalu baik hati mahu membantu adik-beradik ataupun saudara mara. "Jangan! Pakcik aku buat loan guna nama adik-adik dia. Dua-dua sekarang blacklisted. Guna nama adik aku juga untuk beli kereta. Haram tak bayar, sekarang masuk AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Sebahagian netizen menyarankan agar pemuda tersebut berfikir masak-masak dan menolak untuk menjadi penjamin. "Keluarga aku banyak bergaduh pasal kes jadi penjamin. Sampai sekarang sesiapa minta pinjam duit, aku tak bagi. Apatah lagi jadi penjamin. Hidup lebih tenang tanpa memikirkan bila orang lain nak bayar hutang. "Cakap awak tengah jaga skor kredit sebab nak ambil loan sendiri untuk beli kereta dan rumah. "Tak payahlah dik. Aku sekarang tiap bulan kena tanggung rumah akak sendiri. Dia bagi sewa, sedap makan duit sewa. Bulan-bulan aku kena bayar dengan bank sebab bagi pakai nama beli rumah dia," demikian antara cadangan netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube