suria

Kemaruk bau peluh, si bulus ‘naik syeikh’ dapat gomol baju lepas bersukan... Makin lama peram dalam bakul dobi lagi suka!

Kucing ini berasa asyik dengan bau peluh manusia.

TELATAH kucing yang comel dan nakal pasti membuatkan sesiapa sahaja terhibur.

Begitu juga keadaannya bagi kucing ini yang dilihat tergila-gilakan sehelai baju berbau masam dengan peluh.

Lebih menarik perhatian, dalam video yang dikongsikan di TikTok itu, si bulus tersebut dilihat hanya menjadi tidak keruan apabila diberikan baju sukan milik tuannya dan tidak mengendahkan pakaian lain.

Bercerita kepada mStar, Nadiatul Akmal, 30, mengatakan kucing yang diberi nama Oli itu sering menghampiri suaminya apabila dia baru pulang daripada bersukan untuk bermanja-manja.

"Oli ni baka kucing kampung yang ada campuran dengan baka parsi. Kami adopt Oli ni waktu dia masih kecil lagi daripada grup Facebook. Sekarang dah masuk setahun lebih kami jaga dia.

"Kami perasan tak lama selepas kami ambil Oli, dia macam 'naik syeikh' dengan baju yang berpeluh masam-masam ni. Kucing dari rumah lain pun ada yang gian dengan baju peluh macam Oli tapi tak sekerap Oli.

ARTIKEL BERKAITAN: Luka putus tunang belum sembuh, ibu pula dijemput Ilahi 3 bulan kemudian... Jejaka ubat jiwa kosong dengan 36 ekor kucing

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak bodoh! Kucing sedang sawan jadi bahan jenaka... Nak ruqyah, bagi minum ketum - “Tak ada fungsi jadi manusia”

"Hubungan suami dengan Oli tak ada la rapat sangat, biasa-biasa je, tapi mungkin sebab suami ni kaki sukan, dia jenis aktif main bola tampar. Mungkin itu yang buatkan bau peluh dia lagi pekat dan Oli lagi suka," jelas Nadia.

Menurut Nadia, baju dia dan suaminya yang hanya dibasuh dua kali seminggu mungkin menyebabkan perapan aroma peluh itu lebih menusuk.

"Kami duduk apartment yang tak ada balkoni dan susah nak keringkan baju setiap hari. Jadi kami akan kumpul baju dan basuh serentak sekali dengan keringkan dekat dobi.

Bagus Oli ni, pagi-pagi buta lagi dia akan meow untuk kejut kami bangun Subuh.

NADIATUL AKMAL

"Agak lama baju tu terperap dalam bakul dobi dan bau dia memang busuk. Oli tak selalu mencari baju peluh ni, tapi sebelum kami nak ke dobi dan waktu tengah asingkan baju putih dan baju hitam, waktu tu Oli datang meminta.

"Kami bagi je sebab rasa seronok tengok Oli jadi khayal dengan baju peluh tu. Kami pun tak ada tanya dekat doktor veterinar kenapa Oli ada tabiat begini sebab kami tak rasa ia memudaratkan.

"Tapi waktu kami baca komen-komen di TikTok, ada yang cakap mungkin ada kaitan dengan ekzema, kami rasa mungkin itu sebabnya," ujar Nadia.

Oli sentiasa dahagakan perhatian dari Nadia dan suaminya.

Nadia mengatakan dia tidak menyangka sama sekali kucingnya itu boleh mempunyai 'selera' terhadap bau peluh.

"Kami biasa dengar kucing ketagih dengan catnip (bahan penggalak untuk kucing) tapi untuk Oli ni lain pula, kena bau peluh baru dia mabuk. Kami pernah bagi Oli makan catnip, tapi dia boleh makan sikit je sebab dia rasa catnip tu kotor.

"Memilih betul Oli ni, tapi logik la sebab Oli ni kucing cantik, nak berkawan dengan orang pun memilih dan tak hairan sangat kalau orang tegur dia," kata Nadia.

Adik-beradik Oli iaitu Lili (kiri) dan Koci (kanan).

Selain meminati bau peluh, Nadia mengatakan Oli juga sering mengejutkan dia dan suami untuk menunaikan solat Subuh.

"Bagus Oli ni, pagi-pagi buta lagi dia akan meow untuk kejut kami bangun Subuh. Selain daripada suka bau peluh, kami rasa ni antara ciri-ciri Oli yang istimewa, dia adalah jam loceng kami.

"Kami harap Oli akan membesar dan menua dengan sihat bersama kami serta adik-beradik dia iaitu Lili dan Koci," kata Nadia menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain