suria

Beli flat dapat banglo! Pemilik buat sambungan besarkan rumah, netizen cadang bina swimming pool, tanam Musang King sekali

Rumah flat ini diubah suai dengan cara yang keterlaluan.

RUMAHKU, syurgaku.

Kediaman sebagai tempat keluarga tinggal dan berlindung pastinya memerlukan suasana yang selesa dan sedap mata memandang.

Bagaimanapun, dalam keterujaan seseorang untuk mengubah suai rumah demi memenuhi cita rasa sendiri, biarlah ia dilakukan berpada-pada dan tidak melanggar peraturan selain supaya tidak mengganggu penduduk setempat.

Ciapan asal di Twitter.

Begitulah apa yang dapat dilihat melalui satu foto tular di Twitter memaparkan sebuah unit flat aras bawah yang ditransformasikan seolah-olah menjadi sebuah rumah teres.

Dalam gambar itu, unit flat tersebut mempunyai sebuah beranda tempat letak kereta yang dibina di atas tanah hak milik majlis perbandaran.

Di belakang beranda itu juga kelihatan ada binaan tambahan yang bersambung dengan unit asal berkemungkinan menempatkan ruang tamu rumah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40

ARTIKEL BERKAITAN: Flat ke teres ni? Lain macam selera B40, pasang awning terus dapat 2 parkir - “Beli kondo pun parking kereta jauh”

Lebih menimbulkan kemarahan ramai apabila tanah di sekeliling unit flat itu dianggap sebagai halaman persendirian oleh tuan rumah apabila dia menanam pelbagai pokok hiasan dan juga meletakkan ampaian bajunya.

Tindakannya itu ternyata tidak adil untuk penduduk lain di flat berkenaan selain melanggar piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar secara sinis tindakan pemilik unit itu yang mementingkan diri.

Sebenarnya rumah lain yang dekat atas tu semua tumpang rumah dia. Dia adalah tuan tanah. Dia adalah penyewa.

WARGA MAYA

"Alhamdulillah. 'Rezeki' abang ni dapat rumah bawah corner lot. Lepas ni tanah tepi tu boleh cuba tanam pokok durian Musang King pula. Kalau ada rezeki dapat la geran nanti tu.

"Cukup hari bulan dia buat pagar kiri kanan, kemudian ada pagar automatik untuk kereta masuk pula. Alahai mindset komuniti rumah bertingkat kelas ketiga.

"Sebenarnya rumah lain yang dekat atas tu semua tumpang rumah dia. Dia adalah tuan tanah. Dia adalah penyewa. Dia adalah warden asrama. Fuh gila kaya rumah empat tingkat? Rumah macam ni siap ada lif la kan biasanya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Bestnya beli hartanah harga rumah flat tapi pakej dapat rumah teres landed, maka abang tu pun akan berkata-kata 'nak hidup kena bijak dan pandai cari peluang'," kata sebahagian warga maya.

Warga maya lain pula mempersoalkan adakah pemilik rumah itu tidak rasa bersalah mengambil hak orang lain.

"Hidup selesa sebab rampas hak orang lain, berkat ke hidup agaknya?

"Rumah dah habis bayar, lepas ni boleh la upgrade pula kereta tu. Nanti bila dah boleh bawa keluar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tambah swimming pool satu ya, besar lagi tanah tu," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain