suria

“Kami suri rumah pun ada maruah” - Wanita bengang tak boleh buka akaun bank setelah tunggu 2 jam, syarat berubah tiba-tiba

Pembukaan akaun bank perlu melalui proses yang tertentu.

MENDIDIH darah!

Seorang wanita yang juga merupakan suri rumah tidak mampu menahan rasa marah dan kecewa apabila permohonannya untuk membuka akaun bank ditolak kerana status dirinya yang tidak mempunyai pekerjaan.

Dalam satu video tular di TikTok, wanita itu meluahkan isi hatinya sambil berlinangan air mata ketika berada di dalam kereta.

Perkongsian asal di TikTok.

Menurut wanita tersebut, dia sebelum ini sudah terlebih dahulu pergi ke bank yang tidak didedahkan namanya untuk mendapatkan maklumat tentang pembukaan akaun bank.

"Sepanjang setahun saya bergelar seorang suri rumah, saya tak pernah rasa heartbroken macam ni. Tapi hari ni saya memang betul-betul rasa kecewa gila.

"Jadi hari ini saya nak buka akaun bank dan ini bukan kali pertama saya datang ke bank tersebut untuk bertanyakan soal ini. Masa saya datang kali pertama tu, saya cakap saya suri rumah dan tanya boleh ke nak buka akaun bank.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal berhenti kerja jadi suri rumah, wanita ini dipandang rendah tiada duit sendiri... Dihina pula ’tumpang’ harta suami

ARTIKEL BERKAITAN: Masa jadi suri rumah dilayan macam hamba, dah kerja terus dapat layanan baik... isteri terguris suami cuma sayang gajinya

"Dia (staf) cakap boleh, kena bawa slip gaji suami, bil telefon atau sebarang dokumen lain untuk mengesahkan nombor telefon itu adalah milik saya," jelas wanita itu.

Bagaimanapun, apabila dia pergi semula ke bank berkenaan dengan membawa dokumen yang diminta dan terpaksa menunggu lama, dia terkejut apabila syarat itu tiba-tiba sudah berubah.

"Saya pun datang hari ni dan saya tunggu dua jam, apabila sampai giliran saya untuk dipanggil ke kaunter, dia cakap tak boleh buka akaun bank sebab status saya sebagai suri rumah.

Saya pernah lalu benda sama, bila tanya bank kenapa tak boleh buka akaun, dia kata sebab saya sebagai suri rumah tak ada pendapatan tetap.

WARGA MAYA

"Yang paling saya rasa nak marah sebab saya dah datang kali pertama dan tanya macam mana semua prosesnya, tiba-tiba dia cakap lain pula bila saya datang sekali lagi.

"Hanya dengan alasan sebab status saya sebagai seorang suri rumah. Kenaoa dari awal tak beritahu je, yang sebenarnya suri rumah memang tak boleh buka akaun bank. Tak ada bazir masa saya nak prepare dokumen itu ini.

"Saya tunggu dua jam dengan anak semata-mata untuk ditolak permohonan. Kami suri rumah pun ada maruah tau," tegas wanita tersebut.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya lain yang pernah melalui situasi sama menjelaskan sebab di sebalik penolakan pembukaan akaun bank tersebut.

"Saya pernah lalu benda sama, bila tanya bank kenapa tak boleh buka akaun, dia kata sebab saya sebagai suri rumah tak ada pendapatan yang tetap. Nanti kena siasat kalau tiba-tiba ada banyak duit dalam akaun.

"Sebab tu bank minta bukti pendapatan suami, sepatutnya boleh je kalau ada tu. Saya suri rumah yang berniaga bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga perlu buktikan yang perniagaan saya sah.

"Suami saya kerja kampung je jadi memang tak ada slip gaji, agak susah juga saya sebagai seorang suri rumah nak buka akaun bank.

"Sekarang ni ada banyak penjenayah yang licik nak buat pengubahan wang haram dan juga rasuah, sebab itu pihak bank kena lebih berhati-hati," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain