suria

Penyewa tinggal macam-macam makanan, siap tolong kemas rumah... Pemilik homestay terharu, rezeki dapat tetamu ada ‘common sense’

Selain makanan, tetamu Aima meninggalkan homestay dalam keadaan bersih. -Gambar FB Aima Ibrahim

BENARLAH kata orang rezeki bukan hanya diukur dengan wang ringgit atau material semata-mata, sebaliknya ia hadir dalam pelbagai cara.

Jika sebelum ini kita biasa disajikan dengan perkongsian kisah pekerja hotel atau pemilik homestay yang merungut dengan sikap buruk segelintir penyewa, namun berlainan pula kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, dia berkongsi kisah tetamu yang menginap di homestay miliknya di Tawau, Sabah, baru-baru ini.

Menurut wanita yang bernama Aima Ibrahim, dia pada mulanya menerima kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang ahli keluarga yang menginap di homestay miliknya.

homestay 2

Salah satu bilik tidur dan ruang makan di homestay Aima. -Gambar FB Aima Ibrahim

"Ini ada barang makan kami tinggalkan, semua baru beli lagi kak. Tidak dapat bawa balik," demikian mesej yang dikirim oleh tetamunya itu.

Bersama kiriman mesej tersebut, tetamunya turut memuat naik sekeping gambar barang-barang makanan yang ditinggalkan dan disusun di atas kabinet.

Antaranya adalah seperti buah epal, mi segera, biskut, minuman coklat, makanan ringan dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang cuci homestay hanya mampu berzikir, tahan marah dapat customer tak guna... Najis pun tak flush!

ARTIKEL BERKAITAN: 3 bulan disewa, homestay bagai dilanda taufan! Tak sangka penyewa cantik pengotor teruk, geli tuala wanita terpakai tak dibuang

Sudah menjadi kebiasaan, tetamu yang menginap di homestay akan membeli barang keperluan makanan untuk dimasak dan dinikmati beramai-ramai kerana dilengkapi dengan dapur serta perkakasan memasak.

Bukan itu sahaja, Aima juga dikejutkan dengan suasana homestay miliknya yang berada dalam keadaan kemas ketika mahu melakukan kerja pembersihan selepas tetamunya itu mendaftar keluar (check-out).

Bagus betul peribadi family yang menginap kali ini, siap tinggalkan makanan yang masih belum terusik.

AIMA IBRAHIM

PEMILIK HOMESTAY

"Bukan senang dapat guest yang tinggalkan rumah dalam keadaan yang bersih, towel semua bersidai, sampah siap buang, rumah dah siap bersapu dan tersusun atur.

"Masya-Allah. Bagus betul peribadi family yang menginap kali ini. Siap tinggalkan makanan yang banyak, ada yang masih berbungkus belum terusik.

"Alhamdulillah... dapat guest yang baik pun rezeki. Terharu aku sebagai owner dan housekeeper ni. Lepas tu kenyang lagi," tulisnya sambil mendoakan agar keluarga berkenaan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi tabiat yang sama iaitu memastikan tempat penginapan berada dalam keadaan bersih sebelum mendaftar keluar.

komen homestay

Antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian Aima.

"Salah satu common sense yang mesti ada dalam diri seseorang.

"Apabila masuk bersih dan kemas, waktu keluar pun sama, buat macam mana mula masuk. Begitulah kami, ajar anak-anak sekali.

"Syukur Alhamdulillah saya pun pengusaha homestay di Sandakan. Dapat customer yang pembersih ini bonus bagi kita sebab meringankan kerja-kerja kita.

"Bab tinggalkan makanan pun satu rezeki, kadang kita yang segan ambil," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain