suria

Teman wanita paranoid, tak senang duduk BF berkawan dengan perempuan di kampus... Dihalang masuk pertandingan matematik

Dilema seorang lelaki kerana mempunyai teman wanita yang suka mengongkong. -Gambar hiasan

SETIAP daripada kita tentunya mempunyai cita-cita yang ingin dikejar.

Namun adakalanya kita berdepan dilema kerana perlu memilih antara impian dalam bidang diminati atau teman wanita yang dicintai.

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, lelaki itu mengatakan dia masih bergelar pelajar di peringkat pengajian tinggi manakala teman wanitanya pula sudah bekerja.

Seorang lelaki memerlukan kerjaya stabil untuk menjamin hubungan berkekalan -Gambar hiasan Freepik

Menurut lelaki itu, dia mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap hubungan mereka namun teman wanitanya seakan-akan mengongkongnya daripada mencapai cita-cita.

"Teman wanita saya ni lagi tua daripada saya. Dia tak ada kawan sejak kecil sebab trauma. Tempat kerja dia pula semua perempuan. Saya tak pernah ragu-ragu dengan kesetiaan dia.

"Isu antara kami bermula dengan matematik. Saya sejak dulu lagi sangat meminati matematik dan ada hari tu saya berhasrat nak sertai satu pertandingan matematik ni. Boleh dikira sebagai peluang sekali seumur hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun kahwin, suami menganggur curang 5 kali! Jual kereta dibeli isteri, buat hutang sebelum lari dengan awek baru kenal 3 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Encik tunang kuat ‘emo’, sikit-sikit minta putus... Wanita mula gelabah, risau bakal suami ringan mulut lafaz talak

"Dalam pertandingan matematik tu kami bersaing mengikut kumpulan. Grup saya ada dua lelaki dan dua perempuan. Saya pun maklumkan kepada teman wanita saya terlebih dahulu tentang hal ini.

"Sebab risau kalau apa-apa jadi nanti teman wanita saya sangsi pula, tak elok macam tu," kata lelaki berkenaan.

Namun begitu, meskipun tidak mempunyai sebarang niat untuk menduakan pasangannya, lelaki berkenaan tetap menerima tanggapan serong daripada teman wanitanya.

Nak pesan, lelaki atau perempuan utamakan dulu impian dan hala tuju hidup.

WARGA MAYA

"Teman wanita saya beritahu dia tak suka saya bercakap dengan perempuan lain. Dia kata dia sakit hati tengok. Dia minta saya pilih antara matematik atau dia.

"Saya jadi buntu sebab dipaksa masuk ke situasi sebegini, apa yang saya patut buat?" kata lelaki itu meminta pendapat selepas diberi kata dua oleh teman wanitanya

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menasihatkan lelaki itu untuk mengutamakan masa depannya berbanding cinta yang belum sah diikat.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Nak pesan, lelaki atau perempuan utamakan dulu impian dan hala tuju hidup. Teman lelaki atau wanita boleh cari bila-bila masa. Senario buruk, cita-cita ditolak tepi demi cinta.

"Tiba-tiba hubungan tu putus. Tak ke rugi, pilihan hati khianat dan impian punah begitu sahaja.

"Pilih matematik, jangan jadi macam adik aku. Sanggup tak sambung belajar sebab ikutkan girlfriend. Sekarang dah kahwin isteri pula jenis high demand, adik aku pula kerja kilang je.

"Pening aku dengar dia duduk mengadu itu ini tak cukup, kalau dulu sambung belajar dia dah kerja bagus dah sekarang. Pilih la matematik, matematik tak akan mengecewakan anda," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain