SUDAH banyak kisah yang dikongsikan di media sosial mengenai kesan buruk akibat tabiat hubungan seks sejenis, termasuklah perkongsian oleh individu yang bernafsu songsang sendiri. Bagaimanapun, pendedahan sedemikian seolah-olah tidak menakutkan sesiapa dan dipandang sebelah mata. Malah bagi golongan pengamal hubungan songsang ini, kesan buruk tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kecuaian dan tidak mengamalkan langkah pencegahan. Namun, kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor wanita ini mungkin membuka mata ramai atau setidak-tidaknya menjentik kesedaran dan keinsafan buat mereka yang tergolong dalam kumpulan ini. "Awal tahun ini, aku ditukarkan ke sebuah klinik kesihatan di ceruk kampung. Kawasan penempatan terancang tapi semua penduduknya ialah orang Melayu dan beragama Islam. Individu yang disahkan positif HIV akan diberikan ubat agar mereka dapat menjalani hidup seperti insan normal lain. -Gambar hiasan "Awal aku dapat kes STD (penyakit jangkitan kelamin) pertama, seorang lelaki muda. Handsome dan sasa. Agak kekok meneruskan bicara dan memohon untuk berjumpa staf lelaki. "Tapi disebabkan waktu itu satu-satunya staf lelaki bercuti panjang, pesakit itu membawa diri keluar bilik. Tak sampai dua hari, lelaki yang sama kembali ke bilik (klinik) aku. "Berkerut dan berpeluh wajahnya menahan sakit. Puas berdolak-dalik, dia akhirnya berterus terang 'tempat kencing saya sakit. Bila kencing pedih sangat," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau boleh diputar waktu” - Angkara nafsu ghairah, pemuda nangis depan doktor didiagnos HIV positif pada usia 21 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah” Tidak mempunyai pilihan lain kerana tidak tahan menanggung kesakitan, pesakit lelaki berkenaan akur dan terpaksa menunjukkan alat kelaminnya untuk diperiksa. "Sebaik sahaja (seluar) ditanggalkan, satu bilik berbau busuk yang amat sangat. Aku lihat alat kelaminnya bengkak, mengelupas dan bernanah," kongsi doktor berkenaan yang tidak mendedahkan identiti dirinya dan lokasi kampung tempat dia bertugas. Tambah doktor tersebut, pesakit itu bermati-matian menafikan pernah melanggan wanita seumur hidupnya malah mengakui dirinya masih teruna. Justeru bagi membantu pesakit berkenaan, prosedur rawatan dimulakan dengan mengambil sampel darah dan kemudian dia diberikan suntikan ubat intravenous untuk penyakit kelamin. Sedihnya... semoga sempat bertaubat. Semoga kita semua terhindar daripada maksiat. NETIZEN "Aku memberikan dia beberapa ubat untuk dimakan di rumah. Ku pesan kepada dia untuk kembali ke klinik selepas beberapa hari. "Esok harinya, keputusan darah keluar, pesakit itu positif HIV. Saat ku khabarkan berita itu kepadanya, teresak-esak dia menangis. Sebenarnya saya gay. "Jawapan yang sudah aku agak. Aku bertanya perihal sexual partners, ramai katanya... ramai sangat. Aku menyarankan pesakit menyuruh 'rakan-rakannya' itu menjalani ujian darah. "Meriahlah klinik kami selepas itu... jumlah lelaki yang datang hampir 30 orang. Semuanya pernah 'bersama' dengan lelaki tersebut. Aku amat terkejut dan sedih.... 30 orang bukannya sikit," luahnya lagi. Bagaimanapun ujar doktor tersebut, daripada kesemua lelaki yang datang membuat ujian darah, hanya seorang yang disahkan positif. "Dari mana punca pun tiada siapa yang tahu. Masing-masing lost track akan identiti dan jumlah sexual partners mereka. Aku tertanya-tanya di manakah silapnya. Sebahagian daripada komen netizen yang terkesan dengan perkongsian kisah tersebut. "Aku tergerak untuk menulis ini sebab pagi tadi ada seorang budak lelaki 16 tahun datang untuk mendapatkan rawatan. Selepas aku periksa, ya, kes STD lagi. "Aku tak boleh tidur malam menunggu keputusan ujian darah budak itu. Harap-harapnya negatiflah. Aku tak sanggup buka buku siasatan yang baharu dan menemui lebih ramai golongan ini," akhirinya. Coretan doktor tersebut dikongsikan oleh seorang individu di TikTok yang sehingga kini meraih lebih 223,000 jumlah tontonan. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih dengan sikap golongan berkenaan yang bukan sahaja melanggar hukum agama Islam, malah memperjudikan nyawa diri sendiri dan isteri masing-masing. "Ada anak bini tu yang sedih. Depan belakang sapu. Luruhnya hati keluarga. "Apalah nak jadi dengan masyarakat kita... makin tersasar jauh daripada ajaran Islam. Sangat menakutkan. "Sedihnya... semoga sempat bertaubat. Semoga kita semua terhindar daripada maksiat," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube