suria

Isteri lega keluarga sendiri, famili mentua ‘sama naik’ main motorbike... Kena tahan roadblock masa ride, terkejut reaksi abang JPJ

Wanita ini bersyukur kerana melalui minat sama keluarganya mempunyai hubungan baik dengan mentua.

MEMPUNYAI ibu bapa mentua yang mesra dengan keluarga sendiri pastinya menjadi impian setiap pasangan.

Begitulah rezeki yang dikurniakan kepada Rafiqah Roslan, 25, apabila hubungan keluarganya dan belah suaminya akrab dan sentiasa meriah.

Melalui satu video tular di TikTok, dapat dilihat ukhwah kekeluargaan itu terjalin erat kerana mereka berkongsi minat sama dalam permotoran berkuasa tinggi.

Berkongsi kisah kepada mStar, Rafiqah berkata dia bersama suami, ibu bapanya dan keluarga besan setakat ini sudah mengembara menggunakan motor berkuasa tinggi ke Muar, Johor dan Kuantan, Pahang.

"Pada Isnin (24 Julai) genap setahun saya dengan suami berkahwin. Hobi kami pada hujung minggu adalah untuk ride ke tempat menarik di sekitar Lembah Klang. Suami la yang bertanggungjawab pupuk semangat ride dalam diri saya.

"Selain suami, sebenarnya ayah saya dan bapa mentua juga dua-dua kaki motor, jadi memang mereka sekufu dan kami boleh luangkan masa bersama tanpa ada rasa kekok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata kesian dekat motor” - Gadis Kelantan minat konvoi tak lut dikeji netizen, tetap berjiwa besar nak ‘ride’ pergi Phuket

ARTIKEL BERKAITAN: Beli motor cash, nenek usia 74 tahun puas dapat ride jauh-jauh! Cucu kongsi rahsia sihat dan kuat - “Tiba-tiba terpacak depan rumah”

"Trip ke Muar tu kali pertama saya join mereka untuk perjalanan yang jauh, satu pencapaian juga. Saya kalau ikutkan tak ada lesen motor dan hanya akan membonceng di belakang suami, tapi minat untuk ride tu memang ada.

"Tak sangka video kenang-kenangan yang saya upload tu boleh for your page (FYP), sampai bila kami kena stop dekat roadblock Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anggota tu boleh kenal saya dan family," cerita Rafiqah.

Mengimbas detik perkenalan awal, Rafiqah berkata dia dan suaminya sebenarnya adalah jiran dalam kawasan perumahan yang sama.

Saya harap kebahagiaan ni akan berkekalan dan lebih banyak ride tour yang kami dapat buat bersama.

RAFIQAH ROSLAN

"Saya dengan suami jiran depan belakang rumah je di Wangsa Maju, Selangor. Tak sangka dah banyak kali berselisih dengan jodoh sebelum ni.

"Antara sebab saya kahwin orang dekat supaya senang kalau raya tak perlu gaduh nak balik kampung mana. Alhamdulillah, untuk saya dan suami, proses nak dapatkan restu ibu bapa tu boleh dikatakan lancar.

"Mereka pula yang beria, siap tanya bila nak berkahwin sebab ayah dengan suami dah boleh 'ngam' waktu bawa berjumpa. Rancak mereka bercakap pasal motor, ia mendekatkan lagi kami sekeluarga.

Rafiqah (tengah) dan suami bersama ayahnya serta ibu bapa mentua bergerak secara konvoi ke Muar, Johor.

"Ayah saya yang biasanya jadi ketua nak mulakan ride tour ni dan bapa mentua pula ikutkan je sebab dia pun berkongsi minat sama," kata Rafiqah yang merupakan seorang pegawai pemasaran di sebuah agensi di Cyberjaya, Selangor.

Rafiqah berkata perancangan seterusnya dalam kembara motor berkuasa tinggi mereka adalah untuk ke Thailand.

"Tour kami yang seterusnya adalah untuk ke Siam, ia dipanggil 1,000 corners sebab kami akan melalui jalan kampung yang berliku dari Kuala Lumpur.

Rafiqah dan keluarga besarnya berhenti berehat seketika di sebuah gerai makan.

'Dan kami juga akan tidur di sana selama beberapa malam sebab waktu pergi ke Muar dan Kuantan, kami hanya balik hari. Kami keluar sesudah subuh dan pulang ke rumah selepas maghrib," kata Rafiqah.

Rafiqah berkata walaupun bersiar-siar secara konvoi ini kelihatan menyeronokkan tetapi ia juga mempunyai cabaran tersendiri.

Motosikal berkuasa tinggi model Ducati Monster 795 milik ayah Rafiqah.

"Waktu pergi Kuantan hari tu kali pertama saya naik motosikal dalam hujan dan saya boleh katakan ia agak meletihkan.

"Kami ada pakai gear perlindungan macam jaket, sarung tangan dan kasut tapi sebab kena redah angin dan air hujan yang meluru ke arah kami, memang boleh rasa penat tu sampai tengkuk ni sakit.

Perjalanan mengikut laluan dalam di Bera, Pahang untuk ke Kuantan.

"Keluarga saya selalu buat lawak, mereka cakap hati-hati jangan sampai saya terbang dibawa angin sebab berat badan saya ringan, 42 kilogram je. Kalau waktu angin kencang, saya peluk suami kuat-kuat sebab takut melayang ke belakang.

"Dan lagi satu cabaran bila kami ride ni ialah kami jarang berhenti, akan terus je ke destinasi, cuma akan berhenti bila nak isi minyak, itu pun boleh terasa 'barai' juga," ujar Rafiqah.

Menutup bicara, Rafiqah berkata dia bersyukur dapat melihat hubungan rapat antara keluarganya dan mentua.

"Saya harap kebahagiaan ni akan berkekalan dan lebih banyak ride tour yang kami dapat buat bersama," kata Rafiqah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain