suria

Rider dapat rezeki luar biasa selepas baiki basikal kanak-kanak istimewa nak ke surau - “Tak mudah orang nak bagi sebanyak tu”

Rider penghantar makanan ini membantu seorang kanak-kanak dalam kesusahan.

SETIAP perbuatan baik pasti dibalas baik.

Begitulah kisah rider penghantar makanan ini yang tergerak hatinya untuk membantu seorang kanak-kanak dalam kesusahan dan akhirnya dimurahkan rezeki.

Melalui satu video tular di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Wan Pedro itu menceritakan pengajaran hidup yang membuatkannya bermuhasabah diri.

Basikal kanak-kanak ini mengalami kerosakan.

"Ceritanya macam ni, aku waktu tu nak hantar order. Tiba-tiba ternampak seorang adik ni tepi jalan duduk tengok je rantai basikal dia.

"Aku terfikir mungkin rantai basikal dia tercabut kot, jadi aku pergi tanya dia okay ke? Dia kata dia pun tak tahu apa sebab, tiba-tiba je basikal dia tak boleh kayuh, dia cakap tu sambil dia pandang muka aku.

"Bila aku tengok raut wajah dia, baru aku perasan yang dia sebenarnya kanak-kanak istimewa. Aku pun cakap dekat adik tu suruh tunggu situ kejap, aku nak pergi hantar order ke rumah pelanggan, dekat je tak jauh, nanti aku datang balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik jual ayam Korea sedap dah tiada, pelanggan dedah arwah baik orangnya! Asyik minta maaf sebab naikkan sikit harga lauk

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jumpa orang baik hati, siap bagi ‘rasmi’ helmet baharu! Mat motor sanggup ride jauh hantar pakcik tak dikenali balik rumah

"Selesai semua, aku pun tolong tengokkan basikal adik tu dan tekaan aku tepat, rantai dia tercabut. Aku cuba tolong dengam kemampuan yang aku ada untuk betulkan basikal adik ni," kata Wan Pedro.

Dalam video tersebut, kanak-kanak yang dibantu Wan Pedro itu dilihat memakai kain pelikat dan kopiah di samping menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Lepas dah settle baiki basikal adik tu, aku pun tanya dia nak pergi ke surau ke? Sebab depan jalan tu pun memang ada surau dan dia pula pakai kopiah dengan kain pelikat.

Adik ni orang taman kami ni, nama dia Anje. Alhamdulillah terima kasih abang sudi tolong bantu Anje.

WARGA MAYA

"Adik tu cakap ya dia nak pergi ke surau. Aku cakap dekat dia minta hati-hati dan adik tu balas terima kasih. Sebenarnya tujuan aku kongsi cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sebab apa yang berlaku selepas ni.

"Aku minta maaf awal kalau ada yang rasa macam aku ni berlagak baik. Jadi lepas je aku tolong adik ni, terus je rezeki aku hari tu masuk dengan banyaknya," ujar Wan Pedro.

Menurut Wan Pedro, pelanggan yang memesan dengannya pada hari tu rata-rata bermurah hati, sesuatu yang di luar kebiasaan.

"Pada hari tu je ada dalam lima hingga enam orang customer order cash semua bagi tip (upah tambahan) RM5 ke atas, aku rasa macam Allah balas kebaikan aku secara terus.

Wan Pedro ikhlas membantu kanak-kanak ini.

"Kalau ikutkan aku boleh je nak pulangkan baki tak ada masalah pun, tapi itulah, aku rasa untuk hari tu je aku dapat duit tip dalam RM50. Tak akan ada sesiapa yang semudah tu nak bagi sebanyak ni.

"Betul la apa yang sering aku dengar selama ni, kalau kau buat kebaikan, Allah balas dengan kebaikan. Dan kalau kau buat kejahatan, kadang Allah tak balas pun sebab dia masih sayangkan kau," kata Wan Pedro.

Wan Pedro seterusnya mengajak orang ramai untuk sentiasa berlaku baik kerana pasti ada kemanisan yang menanti di dalamnya.

"Aku record ni memang untuk simpanan diri sendiri, tak ada langsung niat nak menunjuk.

Sebahagian komen warga maya.

"Cuma nak pesan kalau korang ada nampak orang dalam kesusahan tepi jalan, kalau ada masa cuba la tolong, mana tahu rezeki kalian akan dimurahkan dan urusan dilancarkan," kata Wan Pedro menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan keperibadian mulia yang ditonjolkan Wan Pedro.

"Adik ni orang taman kami ni, nama dia Anje. Alhamdulillah terima kasih abang sudi tolong bantu Anje.

"Alhamdulillah terima kasih abang sudi tolong mereka yang dalam kesusahan, semoga lancar rezeki abang seperti air zam zam yang tak berhenti mengalir," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain