JIKA diperhatikan, gerai penjaja makanan cukup banyak di negara kita, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tidak dinafikan, ramai yang memilih untuk berniaga di warung atau gerai sama ada bagi mencari sumber pendapatan tetap atau sampingan lantaran kos sara hidup yang makin meningkat ketika ini. Tidak salah untuk mencari rezeki dengan berniaga makanan, namun sikap segelintir daripadanya yang memasak ala kadar dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata menimbulkan rungutan para pelanggan. Buktinya, banyak rungutan pelanggan mengenai makanan tidak setimpal dengan harga yang dikongsi di media sosial. Mi goreng yang juga dibeli oleh lelaki berkenaan yang tidak ubah kelihatan seperti mi kuning yang tidak dimasak. Baru-baru ini tular di TikTok rungutan seorang pelanggan yang kecewa apabila nasi lemak yang dibelinya bukan sahaja tidak sedap, malah kelihatan 'sendu'. "Orang meniaga nasi lemak ni, makin hari makin merepek aku tengok. Orang meniaga, kau nak meniaga tapi tak nak belajar masaknya macam mana. "Main hentam buta je. Jarang jumpa nasi lemak yang betul-betul sedap. Ni apa ni?? Haihh sedih betul nasi lemak sekarang," luahnya sambil merakam video nasi lemak yang dibeli. ARTIKEL BERKAITAN: “Apa kau merepek ni?” - Pelanggan dikata ‘macam baru keluar gua’ sebab bengang nasi tanpa lauk dicaj RM4 ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi kerabu lauk ikan, solok lada harga RM10! Pelanggan anggap sedekah, tak kisahlah mahal atau murah Daripada video yang dikongsikan, kelihatan sambal yang menjadi elemen utama dalam nasi lemak tersebut berwarna pucat, malah nasinya juga tidak kelihatan berminyak seperti sepatutnya. Selain itu, ikan bilis juga tidak kelihatan di dalam nasi lemak yang dibelinya itu. Menurut individu berkenaan, luahan dibuat bukanlah mahu berhujah soal harga atau mempertikaikan niat orang lain untuk berniaga, sebaliknya sekadar menyuarakan pandangan agar golongan peniaga makanan mempelajari ilmu masakan sebelum menjualnya. Kita beli guna duit, bukan pakai lalang. Harga kalau lebih sikit tak apa janji sedap, orang tak bising. NETIZEN "Tak ada ilmu, belajarlah. Kau berniaga tak salah, tapi belajarlah," luahnya lagi. Tidak sekadar nasi lemak, individu tersebut memuat naik video mi goreng yang dibelinya, yang tidak ubah seperti mi kuning yang belum dimasak. "Kau tengok mi goreng ni. Dengan pucatnya.... aku tak tahu dekat mana dia belajar buat mi goreng. Lepas itu jual sebungkus RM1. Kalau dia (peniaga) fikir 'alaa RM1 cincai sajalah masak'... Tak boleh macam tu. "Jangan macam ini... kena perbaiki masakan kau. Ini cincai masak," jelasnya lagi. Sehingga kini perkongsian individu tersebut meraih lebih 57,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok. Sebahagian netizen yang turut bersetuju dengan lelaki berkenaan. Menjengah ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan malah turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa. "Nasi lemak sekarang rasa macam nasi putih biasa dah. Sambal pun pucat. "Betul... sekarang ramai peniaga tahu nak untung saja. Susah nak cari yang betul-betul sedap. "Setuju bang. Kita beli guna duit, bukan pakai lalang. Harga kalau lebih sikit tak apa janji sedap, orang tak bising," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube