suria

Malu satu badan bau busuk hapak, perokok tegar berhenti rokok serta-merta! ‘Sentap’ anak kesayangan asyik tutup hidung, tunjuk tak selesa

Merokok bukan hanya memudaratkan kesihatan diri tetapi merisikokan orang sekeliling. -Gambar hiasan

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Demikian peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan kisah seorang bapa yang akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti merokok hampir lapan bulan lalu.

Bukan mudah sebenarnya untuk mereka yang tergolong sebagai perokok tegar mengambil langkah sedemikian.

Begitu juga halnya dengan lelaki ini, namun tekadnya dibulatkan demi anak.

rokok 2

Aplikasi yang dimuat turun oleh lelaki berkenaan sepanjang ikhtiarnya untuk berhenti merokok.

"(Selama) 23 tahun perokok tegar, hari ini hari ke-224 aku dah berhenti secara tiba-tiba.

"Bermula daripada menjaga anak sakit di hospital. Kerap keluar wad untuk hisap rokok. Apabila balik ke wad, anak tutup hidung. Sebab badan dan mulut berbau rokok. Rasa malu dan bersalah sangat," demikian kongsi lelaki tersebut memulakan ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah berasap 24 jam! Lelaki jauhi vape selepas seminggu di ICU, dada ditebuk... Simptom bermula masa jogging

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kaki asap’ nekad nak berhenti hisap vape selepas tengok proses pembuatan di kilang - “Pastinya ini kali terakhir saya beli”

Tambah lelaki berkenaan, sebelum ini dia merupakan seorang perokok tegar yang mana mampu menghabiskan kira-kira 30 batang rokok dalam sehari secara purata.

Demi memenuhi 'keperluan' tabiat tersebut, dia sanggup memperuntukkan hampir RM1,000 setiap bulan untuk membeli rokok!

"Rokok Peter (light) satu kotak, tambah balut rokok harvest. Masa tinggal di Singapura semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sanggup menghabiskan $300 (sekitar RM950) setiap bulan untuk rokok," kongsinya lagi.

Perkara yang tak bagus untuk diwarisi, bagus tak payah wariskan ke generasi yang seterusnya.

NETIZEN

Namun siapa sangka, seorang perokok tegar akhirnya 'tewas' dek penangan anak tersayang.

"Lain betul penangan anak. Isteri nasihat banyak kali pun tak pernah jalan. Vape memang aku tak pernah sentuh," katanya lagi sambil menambah, dia memuat turun aplikasi 'Quit Smoking Tracker' untuk merekodkan pencapaiannya.

"Semoga aku terus istiqamah. Jom geng B40 semua. Sama-sama tinggalkan rokok," tulisnya lagi pada hantaran yang dikongsikan di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji langkah yang diambil lelaki berkenaan yang bukan sahaja berubah untuk keluarga, tetapi sebenarnya penting untuk kesihatan diri sendiri.

komen rokok

Sebahagian netizen yang memberi kata-kata sokongan kepada lelaki berkenaan.

Selain memberikan sokongan, malah ada yang turut berkongsi cadangan dan saranan kepada lelaki berkenaan, berdasarkan pengalaman masing-masing.

"Tahniah! Jangan lupa buat check-up dengan doktor beritahu dah berapa hari berhenti merokok secara tiba-tiba. Minta doktor check kondisi dalaman takut ada side effect.

"Dah empat tahun berhenti merokok sejak ada anak bro. Perkara yang tak bagus untuk diwarisi, bagus tak payah wariskan ke generasi yang seterusnya.

"Sibukkan diri buat aktiviti sihat bang. Nanti lama-lama ok la. Saya pun dah nak setahun berhenti merokok. Diri sendri je nak berubah," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain