VIDEO memaparkan individu yang sedang berbaring di bawah khemah kanopi bersebelahan sebuah kubur pada waktu malam meraih perhatian ramai di media sosial. Menurut pemilik video, Asrul Samsu, 33, dia bersama ahli keluarganya akan berjaga di kubur itu selama tujuh hari tujuh malam selepas ibu saudaranya meninggal dunia pada Jumaat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita kepada mStar, Asrul berkata ia merupakan tradisi biasa bagi suku Irranun di Kota Belud, Sabah, namun tidak menyangka video itu akan tular di aplikasi TikTok. "Makcik saya meninggal dunia pada 8.15 pagi 21 Julai lalu. Arwah meninggal sakit tua, dia juga ada paru-paru berair, bercampur dengan kanser payudara lagi. Umurnya sekitar 65 tahun. "Memang menjadi adat bagi kami orang Irranun, kami akan jaga kubur. Itu kewajipan kami apabila ada ahli keluarga meninggal. Dah banyak kali saya ikuti tradisi ini, dah tak rasa pelik, biasa je. "Saya sekadar post sebagai content, tak tahu pula tiba-tiba viral. Saya terima banyak komen orang semenanjung, Brunei pun ada. Mereka tanya, kenapa tidur di kubur?" ujarnya. Dulu masa arwah nenek meninggal pada tahun 2005, kami nampak kepala dengan usus terbang. ASRUL SAMSU Menurut Asrul, selepas hari ketujuh mereka berjaga di kubur, ahli keluarga juga akan mengadakan kenduri arwah untuk si mati. Dalam pada itu, Asrul berkata dia juga menerima soalan-soalan netizen yang bertanyakan tentang adat berkenaan selepas video tersebut tular di TikTok. Malah, ada yang turut bertanya sekiranya dia pernah berdepan gangguan mistik sepanjang menjaga kubur ahli-ahli keluarganya selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: Mayat kubur sebelah muncul ketika gali liang lahad, mujur tak kena cangkul... Jenazah masih elok, penggali siap gosok kepala! ARTIKEL BERKAITAN: Bertenggek tepi pusara bapa, main-main tanah kubur... Si kecil ini tak mahu balik rumah, nak teman ayah berehat di kubur "Ketika berjaga di kubur, kami tiada aktiviti sangat. Cuma main karom dan berbual. Ada juga yang baca al-Quran. Kali ini tiada sebarang gangguan. Tapi sebelum ini, pernah juga terhidu bau harum. "Dulu masa arwah nenek meninggal pada tahun 2005, kami nampak kepala dengan usus terbang. Ada balan-balan datang di kawasan kubur. Apabila nampak, kami panggil orang yang lebih berusia, mereka baca ayat-ayat untuk halau. "Kalau kami tinggalkan kubur, ia akan gali kubur tu. Sebab tu kena jaga tujuh hari. Sebab kedua, untuk elak orang datang buat ilmu hitam. Saya tak rasa takut, bangsa kami memang tak takut. Sebab ia dah jadi perkara biasa," ujarnya lagi. Khemah dipasang di kawasan kubur baharu, membolehkan keluarga berjaga di kawasan itu. Menjengah ke ruangan komen, sebilangan netizen mengakui tidak tahu tentang kewujudan tradisi itu dan menganggap ia sebagai sesuatu yang pelik. Namun, beberapa individu dari Kota Belud turut 'hadir' di ruangan komen dan menyatakan ia merupakan satu kebiasaan bagi masyarakat mereka. "Kita orang Kota Belud sudah biasa dengan hantu, boleh jadi kawan. "Di Kota Belud memang macam tu. Kalau ada yang baru meninggal, mereka akan jaga kubur. "Husband orang Irranun pun macam ni, menjaga kuburan. Mula-mula rasa pelik tapi kita hormat adat bangsa masing-masing," tulis beberapa individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube