CAHAYA mata merupakan anugerah terindah dalam kehidupan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dalam zaman serba moden hari ini, ibu bapa berdepan banyak cabaran untuk membesarkan anak-anak mereka, termasuklah ancaman jenayah seksual oleh golongan pedofilia. Terbaharu, tular video memaparkan seorang lelaki dewasa yang asyik merakam aksi kanak-kanak di taman permainan menggunakan telefon bimbitnya. Tangkap layar video tular di laman TikTok. Lelaki itu dilihat duduk di atas bangku senaman sambil menghalakan kamera telefonnya ke arah beberapa kanak-kanak yang sedang bermain di lokasi tersebut. "Tak tahu apa masalah dia snap gambar budak-budak tu? Test kamera telefon baru ke?" tulis individu yang memuat naik rakaman itu. Menurut individu dipercayai seorang wanita itu lagi, dia memerhatikan aksi lelaki tersebut dan terus membuat rakaman sebagai bukti sekiranya berlaku kejadian tak diingini. Kalau mata aku salah, sorry la bro ya... tapi mata aku masih clear, tak rabun. SAKSI "Nak kata mata aku salah, tak kot. Sebab aku perhati lama dah. Bukan seminit. Dia snap sana sini gambar budak-budak. Takkan semua budak-budak tu anak dia. "Eh tiba dia snap gambar anak aku. Terus aku record dia. Lepas tu dia berhenti, dia blah dari situ," dakwa pemilik video. Tambah wanita berkenaan, dia tidak berani untuk menegur pelaku memandangkan suaminya tiada di lokasi kejadian, malah dia turut bimbang akan kesemalatan anak-anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Label pesalah pedofilia ‘akan sakiti anak anda’ bukan caranya, amaran Syed Azmi “Jangan dekati kanak-kanak, atas talian atau dunia sebenar!” ARTIKEL BERKAITAN: Pedofilia terlepas hukuman penjara kerana hidap cerebral palsy "Hairan betul. Ni kalau laki aku ada, dah kena dah ni. Aku nak pergi sergah tadi, tapi memikirkan aku dengan anak-anak semua perempuan, seram la pula. Lagi pun kat situ mak ayah buat tak tahu je. "Pelik juga. Kalau mata aku salah, sorry la bro ya. Tapi mata aku masih clear, tak rabun. Tak puas hati sampai sakit kepala aku, denyut duduk memikirkan kejadian tadi," ujar wanita itu lagi. Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan sebuah pusat beli belah di Bandar Dato 'Onn, Johor Bahru berdasarkan tanda pagar (hashtag) pada posting wanita berkenaan. Video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Sabtu turut meraih lebih 35,000 tontonan dan dihujani puluhan komen netizen. Kes pedofilia yang berlaku di seluruh dunia ternyata membimbangkan golongan ibu bapa. -Gambar hiasan "Ada gambar, buat aduan. Tak silap dulu pernah ada kes begini. Apabila polis periksa telefon, penuh dengan benda-benda pedofilia. "Call polis lain kali. Rakam sekali gelagatnya. Bahaya orang macam ni," tulis beberapa netizen. Namun, terdapat individu yang turut mempertahankan pelaku kerana tiada sebarang kejadian buruk terjadi. "Aku tak tahu la. Just positif. Maybe dia rindu anak atau adik dia kat kampung. Dan dia suka budak-budak. Asalkan tak pegang dan budak tu tak bogel okey la," tulis seorang lagi individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube