suria

Hujung nyawa tapi belum ajal! Kucing di mulut ular terselamat dari dibaham, tuan tak mudah mengalah

Kucing ini hampir-hampir menjadi mangsa ular sawa.

KUCING sering dikaitkan dengan ‘sembilan nyawa’ menandakan haiwan ini liat untuk dibunuh.

Mungkin ada kebenarannya di sebalik mitos itu apabila seekor kucing dilihat terselamat daripada menjadi santapan ular sawa batik.

Melalui satu video tular di TikTok, si bulus itu dilihat sedang dibelit dan sebahagian badannya sudah mula ditelan ular sawa berkenaan.

Ular sawa yang menimbulkan kekecohan berjaya ditangkap.

Kejadian yang dipercayai berlaku di belakang sebuah kawasan perumahan itu sempat dirakam tuan kucing tersebut yang berada dalam keadaan cemas.

"Itulah saya cakap jangan bagi kucing keluar. Ha tengok ada ular bawah tu," kata seorang lelaki kesal melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya.

"Allahuakbar," kata seorang lagi wanita yang terkedu dengan insiden itu sambil memanggil nama seseorang untuk datang membantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meraung 2 ekor kucing mati serentak! Seekor dalam perut ular sawa, satu lagi kena belit... Masih trauma dekati sangkar si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik belut yang dibeli suami, hitam bersisik kepalanya kembang dalam singki! Rupanya ular sedang ratah ayam

Babak seterusnya dalam video itu menunjukkan dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memakai uniform biru sedang menarik ular tersebut keluar dari longkang.

Sebelum itu, tuan kucing berkenaan dikatakan sudah mengetuk dan menuang air panas kepada ular itu dalam cubaan untuk menyelamatkan si bulus dan mengusir reptilia tersebut.

Usaha tuan kucing itu berhasil dan ular terbabit lari untuk bersembunyi di dalam longkang sebelum APM tiba di tempat kejadian.

Ini adalah satu keajaiban, biasanya kalau dah dibelit ular sawa macam tu dah terlambat.

WARGA MAYA

"ini antara aksi-aksi sebelum menangkap ular. Kita nantikan," kata lelaki tersebut sambil menunjukkan anggota APM sedang bertungkus-lumus mencari ular itu di dalam longkang.

"Ha ini ularnya yang nak makan kucing aku. Nasib baik aku dapat ketuk dia. Fuh besar la do, tengok kepala dia. Ini ular sawa batik eh?" kata lelaki itu meminta kepastian.

"Ya ular sawa batik, dia memang degil sikit, kena air panas pun kadang tak jalan," jawab anggota APM itu sambil memegang ular yang berjaya ditangkap.

"Syukur, masih hidup kucing aku, kalau Allah tak izinkan walaupun sudah di mulut ular," ujar lelaki itu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menjalankan tugas.

Si bulus dengan bulunya berbelang kelabu itu dilihat kembali ceria bermain bersama kucing peliharaan yang lain walaupun nyaris menjadi mangsa ular.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan kesyukuran dan mecadangkan beberapa cara lain jika insiden sama berulang.

"Alhamduilillah dengan keizinan yang Maha Esa si comel terselamat, terima kasih abang-abang APM datang tolong.

"Ini adalah satu keajaiban, biasanya kalau dah dibelit ular sawa macam tu dah terlambat tapi si bulus ni masih berpeluang untuk meneruskan hidupnya.

"Lepas ni kalau nampak ular sawa datang kacau kucing kita, terus guna parang untuk potong-potong ular tu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain