KEBANYAKAN anak muda ketika ini lebih senang mencari sendiri calon untuk dijadikan pasangan hidup. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan pelbagai media sosial untuk memudahkan komunikasi dan perhubungan, maka tidak hairanlah jodoh diatur oleh orang tua sudah jarang-jarang berlaku pada masa kini. Bagaimanapun perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok baru-baru ini mencuri tumpuan apabila wanita ini menyerahkan soal jodoh kepada kedua orang tuanya. View this post on Instagram A post shared by Nur Qistina Fauzi (@qisztinafauzi) Ketika dihubungi mStar, Nur Qistina, 23, menceritakan kisah bagaimana dia bersetuju untuk berkenalan dengan Affan, 28, atas permintaan ibu bapa pemuda tersebut. “Ibu bapa kami sebenarnya kenal satu sama lain sudah agak lama. Mereka selalu terjumpa dekat surau sebab kami berjiran satu taman. Jarak rumah pun dekat saja. “Ada satu hari tu, ibu bapa ‘Affan tegur (sapa) saya dekat surau. Kami bersembang sedikit dan masa tu la mereka tahu saya buat bisnes menjual produk penjagaan kulit. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun berjiran, wanita tak sangka jodoh dengan rakan sepermainan depan rumah - “Mak mentua datang, tanya dah berpunya ke belum” ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali putus tunang, jururawat terbuka juga hati terima jejaka ‘annoying’ pilihan keluarga... dah block WhatsApp tetap tak putus asa “Nak dijadikan cerita, tak lama selepas itu mak Affan menyamar jadi pelanggan kononnya nak beli produk saya jual. Dia cakap nak COD (cash on delivery) tak nak buat postage (kiriman pos),” jelasnya yang senang disapa Qis. Qis yang menetap di Rawang, Selangor, berkata, ketika berjumpa untuk menghantar produk dipesan, ibu bapa Affan mula memperkenalkan anak mereka kepadanya. “Mak dia beli barang-barang Mary Kay yang saya jual tu sebab nak jumpa saya berseorangan. Masa berjumpa itulah parents dia beritahu nak kenalkan anak mereka pada saya. Kali pertama pasangan ini berjumpa pada Ramadan. “Mereka tunjuk gambar ‘Affan pada saya dan ceritakan sikit-sikit tentang dia pada saya. Sebelum tu ada juga mereka tanya bila nak kahwin? Ada pasangan ke belum? “Mereka minta masing-masing kenal-kenal dulu sebagai kawan. Nanti tengok macam mana okay ke tak. Kalau tak okay nanti beritahu mereka semula,” Qis mengimbas kata-kata ibu bapa Affan dalam pertemuan itu. Dari situlah bibit-bibit percintaannya dengan ‘Affan yang bekerja dalam sektor kerajaan di Selangor ini bermula, yang mana Qis terlebih dulu memulakan perbualan di ruangan mesej Instagram. Dia dah stalk dulu cuma tak nak tegur lagi. Last-last saya juga yang tegur dulu. NUR QISTINA Namun, anak kelima daripada tujuh adik beradik ini berkata, dia tidak menyangka ‘Affan selama ini memang sudah memendam rasa terhadap dirinya. “Lepas berjumpa tu saya cuba mesej dia secara personal beritahu dan tanya beberapa perkara. Dia tanya sama ada saya okay ke dia lima tahun lebih tua. “Tapi sebenarnya ‘Affan ada beritahu yang sebelum ni dia dah tahu akaun Instagram saya. Dia dah stalk dulu cuma tak nak tegur lagi. Last-last saya juga yang tegur dulu. “Sebelum ni adik beradik ‘Affan yang tunjuk profil Instagram saya pada dia sebab kebetulan memang saya berkawan dengan adiknya,” kata Qis. Pasangan ini mengikat tali pertunangan setelah lima bulan perkenalan. Selepas lima bulan perkenalan, mereka akhirnya membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu. Kata Qis, cara layanan ‘Affan terhadapnya membuatkan dia berasa lebih selesa dan mula jatuh cinta terhadapnya apabila berjumpa buat kali pertama pada Ramadan tahun ini. Masih belum ada tarikh nikah ditetapkan, namun pasangan yang sama cantik sama padan ini merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Malah, Qis bersyukur apabila dia memilih untuk mendengar nasihat orang lebih tua dalam memilih jodohnya. “Bagi saya berkenalan atas sebab keluarga yang suruh ni insyaAllah lebih menjamin masa depan. Jadi saya cuba untuk kenal dia. “Bagi saya restu ibu bapa tu lagi penting jadi saya tak ada masalah dan okay saja untuk teruskan dengan pilihan mereka,” jelasnya menutupi kisah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube