suria

Gelombang Barbie melanda negara, tapi ada wanita terpaksa sembunyi minat pink - “Aku letak sticker tengkorak, mafia on board”

Wanita harus sentiasa berwaspada dengan mereka yang berniat serong. -Gambar hiasan

'DEMAM' Barbie dilihat rancak merebak dalam kalangan kaum Hawa susulan filem watak anak patung itu yang sedang ditayang di seluruh dunia.

Kini segala-galanya boleh ditransformasikan kepada tema Barbie dengan hanya menggunakan warna merah jambu sebagai identitinya.

Tidak ketinggalan seperti yang dapat dilihat di Twitter, adalah penjualan pelekat Barbie untuk ditampal pada kereta.

Ciapan asal di Twitter.

"Comelnya kereta kalau pasang sticker Barbie ni kan. Nampak macam kereta mainan dah," kata seorang warga maya sambil berkongsi foto kereta putih dengan pelekat Barbie merah jambu.

Namun, melalui satu pendedahan, ternyata meletakkan pelekat Barbie dengan tujuan untuk menghias kereta boleh mengundang risiko dan ancaman bahaya yang tidak disedari ramai.

"Ini mungkin kelihatan comel, tapi saya pernah dinasihati oleh seseorang, elakkan kereta anda dari kelihatan seperti ia dimiliki oleh seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘pink’ merebak ke Pantai Timur, siap ada mek Kelantan versi Barbie! - “Comey dooh sek sek kito”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Melayu secantik Barbie punyai ramai pengikut, sayangnya dia tak wujud! Sekali pandang nampak manis, tengok kali kedua ‘macam sesuatu sangat’

"Ini termasuk meletakkan anak patung atau plushies di ruang berhampiran tingkap belakang kereta anda. Juga sangat tidak disarankan untuk mengecat kerata anda menjadi warna merah jambu.

"Saya dapat nasihat ni pun sebab saya sendiri suka warna merah jambu. Nasihat ini untuk mengelakkan kereta dan diri anda dari menjadi sasaran mudah penjenayah.

"Mereka yang berniat jahat ni akan cari golongan wanita sebab kita lebih senang untuk diambil kesempatan. Ini hanya nasihat, bukan paksaan, terpulang kepada diri masing-masing," jelas netizen itu, dipercayai seorang wanita.

Aku pula akan buat kereta aku nampak seperti kelakian atau boyish. Bagi orang tak selera nak datang dekat kereta aku.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berkongsikan perspektif mereka dalam hal ini.

"Betul tu, memandangkan aku parkir kereta di Transit Aliran Massa (MRT) untuk ke pejabat dan balik malam, aku elakkan kereta aku untuk ada benda-benda kewanitaan.

Sebahagian komen warga maya.

"Penjahat ni apabila nampak kereta tu ada kemungkinan dimiliki oleh seorang wanita, mereka boleh tunggu untuk kita balik ke kereta dan buat macam-macam dekat kita.

"Aku pula akan buat kereta aku nampak seperti kelelakian atau boyish. Bagi orang tak selera nak datang dekat kereta aku. Aku letak sticker tengkorak dan mafia on board.

"Tak dinafikan memang teringin nak hias kereta dengan warna pink ni semua, tapi sebab fikirkan keselamatan itu yang tak teruskan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain