suria

Staf F&B cari pelakon watak Karen, mahu rakan sekerja tahu badannya bau macam stokin basah - “Mesti free hair, kerek dan kekwat”

Kesabaran seorang insan itu pasti mempunyai batasannya. -Gambar hiasan

PERMASALAHAN di tempat kerja pastinya tidak pernah berkesudahan.

Kebiasaannya sesuatu isu itu dapat diselesaikan melalui perbincangan dan kata sepakat, tetapi lain pula kisahnya untuk individu ini yang mempunyai idea di luar kotak.

Melalui satu tangkap layar di Twitter, seorang individu dilihat bertanyakan kepada warganet jika ada yang sudi untuk berlakon menjadi seorang 'Karen'.

Ciapan asal di Twitter.

'Karen' merujuk kepada istilah dari negara Barat yang menggambarkan seorang wanita berkulit putih golongan pertengahan dengan kerenah menjengkelkan.

Individu itu mengejutkan ramai apabila menjelaskan motif mengapa dia memerlukan seorang 'Karen' di tempat kerjanya yang merupakan sebuah restoran.

"Tolong viralkan permintaan aku ni, aku tengah cari wanita cantik untuk berlakon jadi 'Karen' di kedai makan yang aku tengah kerja ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Bongkok badan, kaki terkepit-kepit tahu-tahu bau hancing! Gadis kencing dalam kedai, dah keluar sanggup masuk balik

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin hanyir, jurusolek hidu bau pelik masa mekap... Busuk macam kena sihir, tak tahu datang dari mana

"Sebab dekat sini ada seorang staf yang bau badan dia ibarat dia sarapan makan stokin basah setiap pagi.

"Rasional aku cari pelakon wanita cantik adalah kerana ia akan beri kesan yang lebih mendalam berbanding kalau lelaki yang tegur tentang bau badan dia.

"Kami sesama staf dah pernah tegur tapi tak jalan. Mungkin kalau pelanggan sendiri yang tegur, baru pihak atasan akan ambil tindakan. Aku dah tak tahan sangat ni, biar aku sendiri yang upah 'Karen' ni," ujar individu itu.

Saya akan buat-buat muntah di meja makan sebab jijik sangat dengan bau badan staf tu.

WARGA MAYA

Individu tersebut kemudiannya memberikan butiran tentang perancangannya dan bagaimana babak lakonan itu akan dimainkan berdasarkan apa yang ada dalam fikirannya.

"Lokasi restoran di Petaling Jaya, Selangor. Lakonan sebagai 'Karen' berkemungkinan diperlukan dalam sejam hingga dua jam.

"Bayaran yang ditawarkan dalam lingkungan RM150 hingga RM250 bergantung kepada secantik mana pelakon tu. Pelakon tu haruslah free hair, ada personaliti 'kerek' dan muka sentiasa 'kekwat' atau resting bitch face.

"Tugas pelakon ni mudah je, datang makan di restoran saya kerja ni dan buat muka macam tak senang duduk dengan bau badan staf tu.

Keselesaan pelanggan harus diutamakan ketika di sebuah restoran. -Gambar hiasan

"Kemudian terus pergi berdepan dengan dia dan buat aduan kepada pihak atasan kami," jelas individu tersebut.

Pemilik ciapan itu berkata sesiapa yang berminat boleh memberikan maklum balas di hantarannya dan pemilihan akan dibuat.

"Job yang sangat menarik, kalau ada sesiapa berminat boleh reply tweet ni nanti dia akan pilih," tulis pemilik ciapan itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa tertarik dan mempunyai idea tambahan untuk menjadikan lakonan mereka lebih menghayati watak sebagai seorang 'Karen'.

"Serius la tawaran job ni, saya berminat! Saya akan buat-buat muntah di meja makan sebab jijik sangat dengan bau badan staf tu.

Ciapan balas warga maya.

"Saya akan bawa driver saya sebagai pelakon extra, baru la nampak 'diva' seorang 'Karen'.

"Saya akan mendalami watak, waktu tengah marah, saya akan spray staf tu dengan perfume dari kepala sampai ke kaki. Memang betul dramatik," kata sebahagian warga maya.

Seorang warga maya juga mempersoalkan mengapa hanya wanita bukan bertudung yang boleh diterima sebagai pelakon oleh individu berkenaan.

"Kenapa nak yang free hair je, saya dah berminat nak masuk ni," tanya seorang warga maya.

"Karen tu watak orang putih, kalau pakai tudung jadi 'Khadijah' pula nanti," jawab warga maya yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain