suria

Niat makan buah viral terbantut, tubuh awal-awal ‘reject’ donut peach - “Kena suntik baru jadi manusia balik”

Buah donat pic kini bagai menjadi fenomena di Malaysia.

APA sahaja yang dibuat atau dimakan pempengaruh di media sosial, pasti akan menjadi trend dan ikutan ramai.

Baru-baru ini, buah pic donat (donut peach) menjadi bualan ramai, sehingga ramai yang sanggup membeli walau harganya agak mahal.

Tetapi, siapa sangka di sebalik keterujaan menikmati buah viral tersebut, ada individu yang terpaksa berdepan situasi cemas walau hanya sebiji donut peach yang dimakan.

Menurut pengguna TikTok sherynaaa02, dia mendapat kesan buruk apabila mengalami masalah sesak nafas selepas 15 minit makan buah tersebut.

Donut peach mendapat permintaan tinggi sejak tular. -Gambar hiasan

“Donut peach viral dalam kenangan. Sekali makan hampir hilang nyawa.

“Makan buah tu tak lama pun. Dalam 15 minit macam tu ja terus rasa kesannya.

“Tak semua orang boleh makan. Orang itu adalah saya. Sekali makan, dalam 15 minit jadi sebu muntah-muntah dan timbul biji gatal-gatal,” ujarnya menceritakan keadaan dirinya.

Bukan itu sahaja, dia yang panik berdepan situasi itu terus bergegas ke unit kecemasan sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buah peach donut pula jadi viral! Kalau nak yang manis dan ‘extra juicy’, ikuti tip ini... Pasti tak menyesal bayar mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil risiko... Kurang makan sayuran, buah-buahan antara punca kanser kolon

“Terus kena pergi emergency. Kena suntikan barulah jadi manusia balik.

“Kalau tak inject macam beruk weh dok garu-garu. Ini pengalaman aku makan buah viral, berbaki lagi tiga biji aku nak suruh suami sajalah makan.

“Sumpah tak boleh berhenti menggaru. Muka rasa pedih-pedih, perut sebu angin tak keluar, muntah-muntah lagi,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, dia tidak membeli keempat-empat biji buah tersebut sebaliknya diberi oleh rakannya.

Dia mengaku tidak menyangka sebiji buah yang sepatutnya kaya dengan khasiat boleh memberi kesan seteruk itu terhadap dirinya.

Bila jadi macam ni saya pun tak sangka, memang sesak nafas dah rasa macam separuh nyawa.

SYERYNAAA

Selain rasanya yang enak, buah ini dikatakan lebih wangi, manis, 'juicy' dan rendah kandungan asidnya, berbanding buah pic biasa.

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

“Ini pengalaman saya makan buah donut peach viral tu, lain orang lain rasanya.

“Bila jadi macam ni saya pun tak sangka, memang sesak nafas dah rasa macam separuh nyawa. Nasib suami ada baru balik kerja, kalau tak tak tahulah macam mana.

“Bukan saya gila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya bagi, saya hargai. Saya pun tak salahkan dia. Harap jelas ya,” tegasnya.

Terdapat beberapa hantaran lain yang dibuat wanita ini selepas video mengenai donut peach ini dimuat naik sehingga meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.

Komen netizen di TikTok.

Di ruangan komen, ada juga individu lain yang mengaku mengalami masalah sama setelah makan buah pic jenis ini.

“Saya makan dua biji perut terus jadi sebu. Dua hari perut terus angin.

“Baru lepas makan tadi. Tiba-tiba mulut dengan bibir rasa kebas. Tak lama lepas tu okay.

“Satu famili makan lepas tu batuk-batuk dan demam panas semua. Taubat aku! Walaupun dah cuci dengan pencuci botol bayi,” komen netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain