FILEM Barbie yang baru sahaja ditayangkan di seluruh dunia ternyata menjadi fenomena dalam kalangan anak muda. Malah, ia turut memberi inspirasi kepada seorang wanita Kelantan, Shafieqa Mohd Asri, 30, untuk melakukan pencarian model Barbie Doll di negeri itu. "Pencarian talent atau model Barbie doll di Kelantan. Badan saiz XS atau S sahaja. Muka cute, muka baby face, had umur 17 tahun ke atas. Sila hadirkan diri anda. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya mencari muka-muka baharu untuk konsep Barbie Doll. Syarat tak pemalu, tidak main-main, ikut arahan dan masa yang ditetapkan. Tidak berlagak, bajet artis. Yang penting berdisiplin," ujarnya menerusi TikTok. Bercakap kepada mStar, wanita yang senang disapa Fyka itu mendedahkan dia menerima hampir 50 permohonan selepas membuat hebahan tentang pencarian tersebut. Fyka berkata dia tidak kecil hati meskipun dihujani komen kecaman di media sosial. "Saya juga merupakan seorang model. Sebelum ini saya memang suka buat sesi photoshoot. Kebetulan filem Barbie keluar, jadi saya buat hebahan di TikTok tentang pencarian model Barbie Doll. "Saya terima hampir 50 permohonan. Selepas buat tapisan, saya pilih enam model, ditambah dengan seorang lagi rakan saya. Jadi total ada tujuh model yang dihimpunkan dalam sesi photoshoot pada Ahad baru-baru ini. "Dalam sesi itu, 10 jurufoto terlibat termasuk beberapa mekap artis. Kami buat photoshoot berdekatan Sungai Kelantan. Hasil gambar boleh digunakan untuk media sosial serta portfolio mereka," ujarnya. Siap ada yang kata muka saya macam babi, tapi nak cari model rupa Barbie. SHAFIEQA MOHD ASRI Di sebalik kejayaan menganjurkan sesi photoshoot itu, Fyka berkata dia turut menerima komen kejian masyarakat, termasuklah daripada penduduk Kelantan sendiri. Kata Fyka lagi, dia turut diejek seperti haiwan namun langsung tidak berkecil hati, sebaliknya menganggap ia sebagai lumrah biasa sebagai pengguna media sosial. "Biasalah, dengar saja nama Kelantan, mesti ramai kecam. Orang kata tak sesuai. Siap ada yang kata muka saya macam babi, tapi nak cari rupa Barbie. Biasalah kecaman tu, saya tak kecil hati. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti ARTIKEL BERKAITAN: Ramai idam ketinggian macam model tapi gadis tinggi lampai dedah tak semua indah! Pernah disangka patung, hidap sindrom marfan "Mulut orang kita tak boleh tutup. Ada orang tak fikir tentang bakat, mereka nampak keburukan dan kesalahan saja. Malah, orang Kelantan sendiri pun turut kecam dan tak support," ujarnya. Mengenai dirinya, Fyka yang sudah bergelar isteri memberitahu dia mula terlibat dalam dunia peragaan sejak tahun 2018. Dia dan suaminya kerap menjalankan sesi photoshoot dan turut bekerjasama dengan ramai jurufoto serta mekap artis untuk menghasilkan karya dengan pelbagai tema menarik. Fyka gemar bereksperimen dengan pelbagai jenis tema photoshoot. "Biasanya saya suka shoot dengan suami. Tapi kadang-kadang kita buat bersama team merangkumi jurufoto dan mekap artis. Kita suka bagi peluang kepada bakat-bakat baharu. "Sambil-sambil penuhi hobi sendiri, saya dapat beri peluang kepada bakat baharu. Sebelum ini pun saya pernah buat photoshoot dengan tema hantu, rock, punk, Barbie dan macam-macam lagi," ujar Fyka. Hingga kini beberapa perkongsian Fyka di TikTok tentang projek photoshoot model patung Barbie meraih ratusan ribu tontonan. Fyka merancang untuk menjalankan sesi photoshoot Barbie seterusnya tidak lama lagi. Selain kecaman, ramai yang terhibur dengan gelagat mereka ketika melakukan Makeba challenges di TikTok. "Nampak macam Barbie deleted scene. Tak berlatih dulu ke sebelum rekod? "Kemunculan kembali Barbie doll! Comey dooh (sangat) sek sek kito! "Cantik dooh kak Fyka. Memang nampak macam Barbie hidup sangat kak Fyka," demikian kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube